Membuat karipap memang memerlukan kesabaran. Lagi jika ingin mendapatkan karipap dengan kulit yang rangup serta isi yang enak perlulah kepiawaian dengan selalu berlatih membuat karipap.

Seperti resepi perkongsian ramai daripada ‎Raihana Hazali‎ di Facebook. Resepi ini dipakai untuk membuat karipap yang biasanya dijual. Selain dijual dengan harga murah iaitu RM 1.00 untuk 4 keping. Karipap ini juga kulitnya rangup dan cantik kejadiannya. Tidak dinafikan resepi ini mencecah beribu-ribu perkongsian.

Supaya karipap tak terbukak masa goreng, sapukan sedikit air di hujung doh sebelom di claim. Dan supaya tak nak melekat masa simpan dalam peti ais untuk dijadikan frozen karipap mesti digoreng separuh masak dulu ataumasak dalam oven sekejap dan sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.

Tanpa buang masa, jom tengok resepi karipap kentang perkongsian ramai di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Karipap Kentang

karipap kentang

Imej via Facebook

Bahan Untuk Kulit Karipap :

  • 1 kg tepung Untuk 70 keping karipap
  • 1 cawan minyak atau 1 cawan minyak sapi atau 1 cawan marjerin
  • 1 sudu besar rata garam bancuh dengan air anggaran 2 cawan biasa (kalo kurang tambah lebih sikit)

Cara Membuat Kulit :

  1. Panaskan 1 cawan minyak atau 1 cawan marjerin atau 1 cawan minyak sapi.
  2. Terus tuang ke dalam tepung 1 kg.
  3. Gaul dan ramas-ramas kan.
  4. Selepas itu masukkan air yang telah dibancuh dengan garam tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh lembut. Jangan terus tuang semua air ke dalam tepung.
  5. Kemudian biarkan dan perap dalam bekas bertutup selama 10 minit.
  6. Baru canai dan cetak bulat.

Bahan Untuk Inti Kentang :

  • Kentang 7 biji
  • Bawang merah 5 biji dan bawang putih 4 biji
  • Kari satu senduk
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil daging atau ayam cincang

Cara-caranya :

  1. Kentang dipotong dadu dan rebus sehingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah diblender.
  3. Jika naik bau, masukan satu senduk kari.
  4. Kemudian masukkan 1 mangkuk ayam atau daging cincang dan gaul rata. Kalau rasa kering boleh tambah air sedikit.
  5. Kemudian Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan gula kalau suka.
  7. Kemudian masukkan kentang yang telah direbus tadi dan biarkan sehingga mesra dan sedikit kering.
  8. Akhir sekali masukkan daun sop dan bawang besar yang didadu dan tutup api.

Nota :

  • Untuk doh, jika mahu lebihkan sedikit sukatan majerin/minyak/minyak sapi daripada sukatan asal di atas pun boleh. Lagi bertambah ranggup jika suka.
  • Mesin gelek doh karipap guna No. 6 ke 6 setengah.
  • Supaya karipap tidak menjadi keras, doh yang sudah diperap mestilah di letak di dalam bekas yang bertutup supaya tidak masuk angin.
  • Agar dapat hasil kulit karipap yang licin tak menggerutu kena api yang sederhana semasa goreng.

    karipap kentang

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi karipap kentang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.