Pai tee merupakan salah satu hidangan pastri popular Peranakan. Ianya amat lazat kerana diluarnya mempunyai tart shell yang nipis dan rangup. Di dalamnya pula terdapat sayuran yang dipotong nipis bersama dengan udang atau ayam, bergantung kepada selera anda.

Kali ini kami bawakan sebuah resepi Pai Tee yang amat mudah untuk anda mencuba. Sesuai untuk sesiapa yang ingin mempelajari resepi yang baharu dan baru mencuba untuk memasak. Nanti, bolehlah anda hidangkan kepada yang tersayang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mai Akma dan telah mendapat beribu perkongsian di media sosial. Wah! Pasti menjadi. Tanpa membuang masa, jom kita lihat resepi pai tee ini!

Resepi Pai Tee

pai tee
image via Facebook

Lapisan luar Pai Tee

Bahan – bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • Acuan pai tee

Cara – cara menyediakan kulit luar pai tee:

  1. Sebelum nak mencelup, acuan kena rendam dalam minyak dulu ya.
  2. Agak – agak apabila celup dalam adunan, tepung tu melekat. Api pula dibiarkan sedang – sedang sahaja.
  3. Goyangkan dalam minyak supaya mudah kulit tertanggal sendiri. Siap!

Sos Thai Homemade

Bahan – bahan:

  • 4 biji cili padi
  • 5 biji cili besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 4 sudu bsr sos tiram
  • 4 sudu bsr kicap
  • 4 sudu bsr sos ikan
  • 3 sudu minyak bijan
  • 5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
  • 5 sudu gula [ikut rasa]
  • 1 cwn air untuk mengisar
  • 1 sudu teh tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara – cara memasak sos Thai Homemade:

  1. Kesemua bahan dimasak diatas api sehingga kuah pekat.

Inti Pai Tee

Bahan – bahan:

  • Daging kisar ramly 1 keping
  • 1 btg Carrot [disagat halus]
  • 1 biji Sengkuang [disagat halus]
  • Bawang putih dan bawang merah untuk menumis
  • 1 sudu bsr minyak
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Sedikit daun ketumbar [potong halus]

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan kesemua bahan – bahan macam tumis sayur.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Pai Tee ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.