Istimewa, kami kongsikan 5 resepi ikan sardin

Sardin ialah hidangan yang pantas dan simple. Ianya jadi lauk pilihan ketika tengah diburu masa mahupun jika sedang malas memasak. Sangat mudah menyediakannya apalagi ia sudah tersedia dalam sos yang kental dan sedap.

Sardin dalam tin selalunya disediakan dalam sos tomato maupun sos cili. Terkadang sebahagian orang makan macam itu sahaja atau ada juga yang memasak sardin dahulu.

Justeru, terdapat banyak tipe masakan yang boleh diolah daripada sardin. Keseluruhan tipe masakan sardin yang enak dan lazat telah kami tuliskan pada perkongsian di bawah ini. Tentunya dengan resepi ini anda boleh menyajikan lauk sardin tin yang menarik dari biasa.

5 resepi sardin pilihan di bawah ini boleh jadi rujukan untuk anda yang tengah mencari idea untuk masak sardin tin. Semoga resepi ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba.

Resepi Sardin Roll

sardin roll

Imej via Facebook

Petang-petang anak selalu mencari kuih. Senang bila ada stok, best pula buatnya. Rasa macam mahu buat lagi dan lagi. Untuk stok frozen masukkan dulu dalam oven suhu 180°C selama 10 minit, yang mahu makan boleh terus goreng. Resepi daripada Ellyna Abdul Aziz‎‎ di laman Facebook. Boleh dapat hasil lebih kurang 48 biji.

Bahan Pastry :

  • 4 cawan tepung,
  • 1 sudu makan tepung beras,
  • 2 sudu makan tepung jagung,
  • 2 sudu kecil gula,
  • 1 sudu kecil garam,
    *campur semua.
  • ¼ cawan minyak,
  • 2 sudu makan penuh marjarin,
    *panaskan sehingga panas sedikit.
  • Air (tambah sehingga terbentuk doh),
    *tips guna air dari ais + air peti sejuk.

Cara Membuat Doh :

  1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk.
  2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit dan bulatkan doh.
  3. Permukaan doh mungkin tidak licin tidak mengapa. Rehatkan doh selama 15 minit sebelum guna.
  4. Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila mahu guna doh akan jadi lembut, masa ini uli dalam seminit dua minit. Permukaan doh akan flawless.
  5. Buat doh kecil bulat saiz yang diinginkan.
  6. Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”.
  7. Canaikan doh.
  8. Untuk bahagian hujung yang tirus itu nipiskan sedikit. Bila gulung nanti tidak perlu letak air, ia akan melekat.
    *Optional Tips : Boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek rangup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.

Bahan Inti :

  • 1 tin besar sardin,
  • ½ labu bawang besar-dadu,
  • 2 biji bawang putih-cincang,
  • Cili padi/besar-optional,
  • 2 sudu makan cili giling-optional,
  • Gula dan garam,
  • Perahan limau nipis.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak sedikit saja, nanti berminyak susah dihandle).
  2. Tambah cili giling separa garing.
  3. Masukkan sardin. Pecah-pecahkan.
  4. Tambah garam, gula dan akhir sekali perah limau.
  5. Masak sampai kering.

Resepi Sardin Goreng Cili Kering Pedas

sardin goreng cili kering

Imej via Facebook

Resepi yang mabeles seterusnya ialah sardin goreng cili kering pedas. Saking sedapnya bahkan melihatnya gambarnya saja mampu membuat siapapun menitikkan air liur. Resepi daripada Sofia Sofian di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Sardin 2 tin kecil,
  • Bawang besar 1 biji,
  • Cili api ikut kepedasan,
  • Cili kering segenggam,
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili hingga lumat.
  2. Masukkan bawang dan tumbuk lumat.
  3. Panaskan minyak.
  4. Goreng sardin tanpa kuah.
  5. Jika sudah agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk.
  6. Masukkan gula dan garam.
  7. Siap.

‎Resepi Sardin Masak Kicap

sardin masak kicap

Imej via Facebook

Teringin masak sardin lain dari yang lain? Anda boleh cuba resepi sardin masak kicap seperti resepi yang dikongsikan oleh Liyana Dikna Humaira‎ di laman Facebook di bawah ini. Semestinya kanak-kanak suka dengan hidangan yang berlemak manis kicap ini bukan?

Bahan- bahan :

  • 1 tin sardin ikan makerel (saiz sederhana),
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk,
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk,
  • 1 inci halia ditumbuk,
  • Serai 1 batang diketuk,
  • Kicap,
  • Cabai dimesin 1-2 sudu besar (ikut ingin pedas atau tidak),
  • 1 sudu besar air asam jawa,
  • Minyak masak,
  • Gula dan garam.

Cara-cara :

  1. Asingkan sos sardin dengan ikan sardin.
  2. Panaskan minyak. Goreng ikan sardin dengan api sederhana. Tutup kuali kerana nanti ikan akan meletup-letup. Goreng sampai sederhana garing tapi jangan terlampau garing nanti keras.
  3. Angkat ikan dan toskan.
  4. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Guna minyak yang sama tapi kurangkan anggaran dalam 3 sudu besar minyak.
  5. Masukkan cabai yang telah dimesin dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan air asam jawa dan serai. Biar hingga pecah minyak.
  7. Masukkan sos sardin tadi dan kacau.
  8. Masukkan kicap. Kacau rata.
  9. Masukkan 1-2 sudu besar gula dan sedikit garam. (Ini anggaran, boleh ikut citarasa sendiri).
  10. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan biarkan kuah kering sedikit.
  11. Tutup api.
  12. Siap.

Resepi Tomyam Sardin

sardin tomyam

Imej via Facebook

Pernahkah anda makan tomyam sardin? Macam menarik bukan. Mesti teringin cuba masakan ini. Cara memasak yang simple dikongsikan di laman Facebook oleh Yuss Aisya.

Bahan-bahan :

  • Bawang putih dan merah,
  • Pes / kiub tomyam,
  • Serai,
  • Lengkuas,
  • Cili api,
  • Tomato,
  • Daun limau purut,
  • Batang ketumbar,
  • Isi dan kuah sardin,
  • Air 2 tin,
  • Jus limau nipis secukupnya,

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih dan merah,
  2. Masukkan pes / kiub tomyam,
  3. Masukkan serai ketuk,
  4. Masukkan lengkuas ketuk,
  5. Masukkan cili api ketuk,
  6. Masukkan tomato,
  7. Masukkan daun limau purut,
  8. Masukkan batang ketumbar,
  9. Masukkan isi dan kuah sardin,
  10. Masukkan air 2 tin,
  11. Perah jus limau nipis secukupnya,
  12. Masak sekejap,
  13. Akhir sekali masa menghidang tabur daun ketumbar.

Resepi Ikan Sardin Masak Lemak Cili Padi

sardin masak lemak cili api

Imej via Facebook

Resepi ikan sardin masak lemak cili padi daripada ‎‎Atiqah Sulaiman.Sekali cuba buat konfirm menjadi. Sekali cuba boleh tambah hingga 3 pinggan. Lagi suka bila pedas menyengit.

Bahan Blend :

  • Bawang merah sebiji,
  • Bawang putih 5 ulas,
  • Kunyit hidup,
  • Cili api,

Bahan lain :

  • Kentang,
  • Sayur kacang panjang,
  • Serai ketuk,
  • Santan.

Cara-cara :

  1. Letak air dalam kuali secukupnya.
  2. Kemudian letak bahan blender.
  3. Letak kentang tunggu sampai empuk.
  4. Barulah masukkan santan.
  5. Bubuh garam dan perencah sesedap rasa.
  6. Masukkan ikan sardin beserta sosnya sekali.
  7. Masukkan sayur kacang, tunggu seminit dua minit baru tutup api.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sardin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.