Kek Cawan merupakan versi mini untuk kek. Ianya mudah untuk dibawa dan kurang remeh berbanding kek. Kek cawan juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya adalah kek cawan chiffon hokkaido dimana tekstur keknya lebih cantik dan lembut.

Kek cawan ini boleh disediakan oleh sesiapa sahaja sekiranya mempunyai langkah – langkah yang tepat. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda resepi kek cawan chiffon hokkaido yang amat lazat dan mudah untuk diikuti.

Resepi ini dikongsikan oleh Rozy Abu Bakar dan pastinya mendapat banyak perkongsian di media sosial! Jom kita tengok.

Resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes

resepi-hokkaido-chiffon-cupcakes
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 60 gram minyak jagung 
  • 80 gram susu segar full milk 
  • 100 gram tepung superfine (untuk hasil yang lebih gebu boleh guna Tepung Hong Kong @ Top Flour) 
  • 5 kuning telur 
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence 
  • Secubit garam

Bahan B:

  • 5 putih telur 
  • 90 gram gula halus atau kastor 
  • 1/4 sudu kecil tartar powder

Filling:

  • Krim kastard atau cream cheese
  • Whipping cream

Cara – cara penyediaannya:

  1. Campurkan minyak jagung, garam dan susu ke dalam mangkuk dan panaskan secara double boiler.
  2. Masak dengan api perlahan, kacau rata. Angkat campuran susu setelah suam.
  3. Masukkan kuning telur, satu per satu.
  4. Kemudian, masukkan esen vanila dan kacau campuran sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah ditapis terlebih dahulu dan kacau adunan sehingga betul-betul sebati (tepung tidak berketul-ketul).
  6. Dengan menggunakan mixer, masukkan putih telur dan tartar powder. Mix sehingga berbuih kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Mix dengan menggunakan kelajuan high speed sehingga kental (bila balikkan mangkuk adunan putih telur tidak jatuh).
  7. Masukkan 1/3 campuran putih telur/meringue ke dalam adunan tepung, kacau secara kaub balik sehingga habis. Pastikan kacau secara perlahan sehingga adunan sebati. Jangan terlebih kacau.
  8. Isi betul-betl penuh dalam cup dan hentak-hentak untuk hilangkan gelembung udara.
  9. Bakar dengan suhu 150 celcius selama 20 minit dan 160 celcius selama 20 minit atau sampai cake betul-betul masak dengan api atas dan bawah.
  10. Selepas masak terus keluarkan dari oven dan hentak sekali untuk mengelakkan cupcake menjadi mendap.
  11. Biarkan sejuk dan paipkan dengan filling dan hias ikut kreativiti masing-masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.