Weekend ialah masa yang paling sesuai untuk membuat resepi masakan yang menarik. Terutamanya sebagai suri rumah yang gemar memasak anda boleh cuba membuat shepherd pie sebagai makanan petang-petang untuk keluarga.

Apa itu shepherd pie? Shepherd pie ialah kek pai berinti daging yang menggunakan kentang lenyek sebagai topping. Daging yang digunakan bervariasi antaranya menggunakan daging ayam, lembu mahupun kambing.

Shepherd pie dimasak dengan inti yang dicampur dengan bawang, carrot, kacang, saderi dan sayuran lainnya. Cheese mozarella biasanya diletakkan di atas topping supaya menambah rasa creamy pie.

Cukup senang membuat shepherd pie ini. Resepi susah-susah senang daripada ‎Nora Adila di laman Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai. Sekarang masanya anda pula mencuba resepi ini di rumah.

Resepi Shepherd Pie

shepherd pie

Imej via Google

Bahan Asas Pie :

  • 5 biji kentang,
  • 1 sudu mentega,
  • 1/4 cawan susu cair,
  • Lada hitam,
  • Garam.

Bahan Inti Pie :

  • 1 biji bawang holland,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 biji tomato,
  • 1/4 biji carrot.
    *Semua dipotong dadu.
  • Daging cincang,
  • Lada hitam,
  • Mozarella cheese,
  • Garam,
  • 2 sudu mentega.

Cara Membuat :

Mula-mula buat mash potato untuk base.

  1. Cara membuat mash potato adalah dengan merebus 5 biji kentang.
  2. Kemudian toskan air dan lenyekkan kentang yang direbus tadi.
  3. Boleh tambah 1 sudu mentega, 1/4 cawan susu cair, lada hitam, dan garam.
  4. Kemudian lenyek lagi dan gaul sampai sebati. Jika sudah siap boleh letak tepi.

Seterusnya buat inti pie.

  1. Mula-mula cairkan dalam 2 sudu butter/mentega di dalam kuali.
  2. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih yang dipotong dadu tadi dan goreng sehingga kekuningan.
  3. Setelah itu, masukkan daging cincang. Kalau ada ayam cincang masukkan ayam cincang. Kalau ada kambing cincang masukkan kambing cincang. Semua pun boleh.
  4. Goreng sampai bertukar warna.
  5. Setelah itu, masukkan carrot.
  6. Masakkan sekejap baru campurkan tomato.
  7. Boleh masukkan lada hitam tumbuk sedikit untuk bagi rasa sedap.
  8. Letak garam secukup rasa.
  9. Kalau sudah siap semua, boleh ambil loyang/bekas untuk layerkan pie.

Cara Layerkan Pie :

  1. Mula-mula, layerkan mash potato. Layerkan nipis saja.
  2. Kemudian letakkan inti daging.
  3. Akhir sekali layerkan balik dengan baki-baki mash potato di atas inti.
  4. Kalau suka creamy/cheese boleh tabur mozarella cheese.
  5. Cakar-cakar sedikit pie menggunakan garpu.
  6. Lalu bakar dalam oven dengan suhu (160-180)’C (saya guna 170C).
  7. Api atas bawah selama 40 minit.
  8. Kalau sudah garing dan kekuningan boleh keluarkan daripada oven.
  9. Kalau mahu sedap lagi, bubuh sos prego/tomato pure dalam inti.
    Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi shepherd pie, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.