Mahu resepi periuk noxxa? Punyai periuk noxxa di rumah tapi tidak dipakai? Mungkin ada sebahagian orang yang mempunyai kes sama. Dikeranakan tidak tahu ingin masak apa dengan periuk noxxa, pada akhirnya periuk menjadi hiasan dapur saja.

Supaya periuk anda tidak hanya jadi hiasan dapur, baiknya anda intip resepi di bawah ini dan buat hidangan menggunakan periuk noxxa. Ada 10 resepi makanan periuk noxxa yang ingin kami hadirkan untuk anda.

Memasak dengan periuk noxxa sangat mudah. Malah ianya menjimat masa dan cara memasak tidak pula leceh. Tinggal tekan, tunggu dan siap! Sambil itu boleh buat kerja yang lain pula.

Resepi makanan periuk noxxa di bawah ini ialah antara masakan kesukaan ramai di Facebook. Rugi jika anda tidak mencuba resepi periuk noxxa ini. Selamat mencuba.

Resepi Kek Sarang Semut Noxxa

kek sarang semut

Imej via Facebook

Dengan periuk noxxa hanya steam selama 20 minit untuk membuat kek sarang semut. Berbanding dengan menggunakan oven boleh ambil masa hingga 1 jam. Boleh untuk buat bekal adik, anak mahupun suami untuk bawa ke sekolah atau tempat kerja. Resepi daripada Zarida CN di laman Facebook.

Bahan Untuk Karamel :

  • 1 cawan gula kasar,
  • 1 cawan air panas,
  • 5 sudu marjarin.

Cara Membuat Karamel :

  1. Hanguskan gula sehingga keperang-perangan menggunakan api kecil.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati takut merecit).
  3. Kemudian larutkan gula sehingga cair.
  4. Akhir sekali, masukkan marjarin. Ketepikan.

Bahan-bahan Utama :

  • 1 cawan tepung gandum,
  • 2 sudu teh soda bikarbonat,
  • 4 biji telur,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • ½ cawan susu pekat,

Cara-cara :

  1. Mula-mula ayak tepung dan soda bikarbonat dan ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang selama 2-3 minit guna mixer atau guna blender.
  3. Kemudian masukkan susu pekat dan aising vanilla, masukkan gandum dan soda yang diayak.
  4. Seterusnya masukkan karamel.
  5. Blend sekejap saja atau guna mixer yang low speed sekejap atau kacau pakai senduk kayu (boleh guna blender saja).
  6. Masukkan dalam bekas (sapu marjarin dan gandum dulu) untuk dibakar.
  7. Perap selama 1-2 jam (1 jam sudah ada sarang).
  8. Bakar dalam oven biasa suhu 160°C selama 1 jam atau periuk noxxa dan steam selama 20 minit.

Tips :

  • Untuk dapatkan sarang yang cantik ialah bila masukkan gandum, soda dan karamel dicampur atau blend sekejap saja.
  • Untuk dapatkan kek yang berlubang-lubang caranya dengan memotong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek dan potong kek melintangi garisan itu (ala-ala potong daging kena lawan arah garisan).

Resepi Sardin Homemade Noxxa

sardin homemade

Imej via Facebook

Sardin homemade menggunakan periuk noxxa cara Ida Kamarudin‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Dijamin halal, bersih, sedap, tiada bahan pengawet dan yang paling penting dijamin tidak terkontaminasi dengan cacing. Resepi menggunakan ikan selayang. Hidangkan sardin dengan perah asam limau, potong cili dan bawang.

Bahan-bahan :

  • 5 biji bawang besar,
  • 7-10 ulas bawang putih,
  • Tomato puri,
  • Sos tomato,
  • Sos cili,
  • 1-2 sudu tepung jagung,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris.
  2. Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato, sos cili anggaran secawan setiap 1 jenis sos (atau ikut suka letak banyak mana janji sesuai dengan selera).
  3. Letak sedikit garam dan gula, tepung jagung yang telah dibancuh untuk pekatkan kuah.
  4. Kemudian masukkan ikan.
  5. Tambah air sedikit sampai paras ikan.
  6. Akhir sekali HP dan set masa selama 2 jam (120 minit).

Resepi Nasi Arab Style Noxxa

nasi arab noxxa

Imej via Facebook

Guna periuk noxxa untuk masak nasi arab macam mudah bukan? Seperti resepi nasi arab masak periuk noxxa yang dikongsikan oleh Suzanah Zakaria di laman Facebook. Kemudahan menggunakan periuk noxxa ialah, ianya boleh memudahkan anda memasak bahkan masakan yang rumit macam nasi arab sekalipun. Bahkan hasilnya pun sangat memuaskan.

Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi,
  • 5 cawan air,
  • Ayam – ikut suka banyak mana,
  • 3 ulas bawang bawang putih – dihiris,
  • 1 biji bawang besar – dihiris,
  • 1 inci halia – dihiris,
  • Rempah 4 sekawan,
  • 4 sb butter atau marjarin atau minyak sapi,
  • Garam,
  • Gula,
  • 2 biji cili merah – belah tengah,
  • 2 biji cili hijau – belah tengah,
  • Daun ketumbar – patah-patahkan.
  • Tomato – optional.
  • Rempah nasi arab.

Cara-cara :

  1. Set SF (Stir Fry) pada noxxa.
  2. Mula-mula masukkan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Kemudian masukan rempah nasi arab.
  4. Lalu masukkan ayam dan air sedikit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dulu baru masukkan beras dan air.
  7. Kacau sebati.
  8. Lalu masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.
  9. Kemudian OFF SF dan ON HP selama 6 minit.
  10. Siap.

Resepi Nasi Khaumok

nasi khaumok

Imej via Facebook

Selama masa raya, boleh sampai 3 kali memasak nasi khaumok untuk tetamu. Nasib baik ada periuk noxxa. Hanya dengan 8 minit High Pressure siap sudah nasi untuk dihidangkan pada tetamu. Resepi daripada Amalina Izzah Roslan di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Minyak sapi untuk menumis.
  • Beras basmathi 1 kg,
  • Sebiji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih dan halia,
  • Ayam 22 ketul campur isi dan tulang,
  • Rempah khaumok 3 sudu besar,
  • Cili padi ditumbuk bersama akar ketumbar,
  • Susu cair setengah mug + perahan asam limau. Tidak kisah berapa banyak, perah dalam susu cair sampai susu cair tersebut jadi pekat.
  • Daun ketumbar.

Cara-cara :

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dipotong.
  3. Bila bawang besar sudah wangi, masukkan cili api yang sudah ditumbuk bersama akar ketumbar.
  4. Masukkan daun ketumbar.
  5. Masukkan rempah khaumok.
  6. Masukkan susu cair bersama perahan asam limau.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan air yang sudah dicampur pewarna kuning telur.
  8. Masukkan ayam dan garam.
  9. Masukkan beras dan tutup periuk dan tekan HP 8.
  10. Siap untuk dihidang bersama sup ayam dan kuah sos homemade.
  11. Makan dengan sup.
  12. Supaya senang masak sup selalunya high pressure kan kaki, leher, kulit dengan tulang-tulang ayam dengan halia, lengkuas dan serai.

Resepi Apam nasi

apam nasi

Imej via Facebook

Mudah dan simple masak apam nasi dengan noxxa. Merujuk resepi daripada MasitahLubis NinaLabuchi di laman Facebook. Boleh membuat apam nasi yang sedap bahkan pada percubaan pertama.

Bahan-bahan :

  • Secawan nasi,
  • Secawan tepung beras,
  • Secawan tepung gandum,
  • Secawan gula,
  • Secawan air,
  • 1 bungkus yis isi 11 gram,

Cara-cara :

  1. Blender semua bahan diatas.
  2. Simpan dalam bekas bertutup biarkan 1 jam.
  3. Bila adunan naik dan berbuih bermakna yis aktif dan bagus.
  4. Kacau balik bagi rata.
  5. Masukkan dalam acuan yang sudah disapu minyak dan kukus selama 25minit saja guna steamer noxxa.
  6. Kalau kukus pakai pengukus biasa 30 minit.
  7. Hasilnya lembut dan gebu juga.

Resepi Nasi Daging

nasi daging

Imej via Facebook

Memasak nasi daging senang saja menggunakan periuk noxxa HP selama 18 minit. Kalau biasanya menggunakan periuk biasa dan leceh namun dengan periuk noxxa segalanya jadi mudah. Resepi daripada Rumaiah Asan di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 kg daging,
  • Halia dihiris,
  • 4 sudu minyak sapi,
  • 3 bunga lawang,
  • 1 batang kayu manis gemuk,
  • 4-5 biji buah pelage,
  • 1 bawang besar hiris,
  • 1 inci halia – cincang,
  • 4 garlic – cincang,
  • 4 sudu makan rempah kurma,
  • 3-4 helai daun pandan,
  • 4 cawan basmathi (mogul),
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 tomato besar potong dadu,
  • Perasa garam,

Cara-cara :

  1. 1 kg daging dihiris nipis dan hirisan halia direbus dengan noxxa HP 18 min.
  2. Tumis minyak sapi sampai jadi cecair, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga.
  3. Terus masukkan dan tumis bawang besar, halia, garlic dan rempah kurma.
  4. Masukkan 3-4 helai daun pandan.
  5. Bila wangi, masukkan basmathi (mogul) yang sudah direndam selama ½ jam. Toskan.
  6. Kacau semua bahan kemudian masukkan dalam noxxa dengan nisbah 1:1.5 liquid masak nasi dan 5 cawan air rebusan daging.
  7. Masukkan lagi 1 cawan susu cair.
  8. Terus masukkan 1 tomato besar potong dadu.
  9. Jangan lupa masukkan daging rebus tadi dan garam untuk nasi.
  10. Kemudian high pressure selama 8 minit.

Resepi Air Asam Nasi Daging :

  • 1 labu bawang besar hiris,
  • 1 biji tomato besar dadu,
  • Cili besar 3 biji,
  • Cili api 4 biji,
  • Kerisik 1 sudu makan,
  • Limau kasturi potong ikut suka nipis-nipis.
  • Gaul semua.
  • Letak garam dan gula ikut rasa.

Resepi Kek Coklat Kukus Noxxa

kek coklat kukus

Imej via Facebook

Mencari resepi kek noxxa yang mudah dan sedap? Nur Farah Syamimi membagikan resepi kek coklat kukus sukatan cawan di laman Facebook. Gerenti mudah dan lazat. Selamat mencuba.

Bahan Blend :

  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan minyak,
  • 2 biji telur,
  • 1cawan air panas,
  • 1 cawan gula,
  • Sedikit esen vanilla,

Bahan Ayak :

  • 1 sk soda bikarbonat,
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Gaul sebati bahan ayak dengan bahan blend.
  2. Kukus mengguakan steamer noxxa selama 30-40minit.
  3. Untuk tahu kek masak atau tidak, boleh cucuk di tengah-tengah kek, kalau tidak melekat maknanya sudah masak.

Cara Membuat Topping Coklat :

  • Setengah cawan susu cair ,
  • 1/3 cawan susu pekat (kalau mahu manis boleh tambah lagi).
  • 3sudu minyak masak,
  • Setengah cawan serbuk koko.

Cara-cara :

  1. Masak semua bahan di atas api slow sampai pekat.
  2. Jika sudah pekat, tutup api.
  3. Pastikan kek sejuk dulu baru letak topping.

Resepi Ayam Panggang

ayam panggang

Imej via Facebook

Teringin masak ayam panggang tapi tidak ada oven mahupun pemanggang ajaib? Tidak perlu risau jika anda punya periuk noxxa. Segalanya jadi mudah bahkan memanggang ayam sekalipun. Resepi daripada Dhila Fadhila di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 ketul ayam paha sahaja,
  • 4 ulas bawang putih diblend,
  • 1 inchi halia diblend,
  • 3 sudu sos tiram,
  • 4 sudu madu,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit serbuk cili,
  • Sedikit lada hitam yang sudah ditumbuk.

Cara-cara :

  1. Blend bawang dengan halia.
  2. Tumbuk lada hitam.
  3. Lumur semua bahan dengan ayam dan perap selama 3-4 jam atau lebih.
  4. Simpan dalam peti 1 malam bagi lama perap supaya sedap.
  5. Lepas perap kemudian masukkan ayam dan lebihan air perap tadi dalam inner pot noxxa.
  6. Set high pressure 8 minit. Samakan titik pressure di tudung.
  7. Jika sudah siap 8 minit, bukak tudung dan tukar mode stir fry selama 5 minit.
  8. Kacau-kacau ayam dalam noxxa.
  9. Siap.

Resepi Laksam Ala Noxxa

laksam

Imej via Facebook

Antara resepi terbaik yang pernah ada. Gabungan antara tepung beras dan tepung gandum menghasilkan laksam yang lembut (bukan lembik) dan tidak melekit apabila dipotong. Resepi daripada Zura Ibrahim di laman Facebook untuk hidangan 5 orang.

Bahan-bahan :

  • 250 g tepung beras dan ½ cawan tepung gandum,
  • 2 ¾ cawan air sejuk,
  • 2 ¾ cawan air panas.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua ke dalam mangkuk.
  2. Masukan air sejuk dan kacau.
  3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau guna whisk sehingga tidak berketul.
  4. Panaskan periuk kukusan (kalau guna steamer Noxxa tidak perlu panaskan).
  5. Griskan minyak pada loyang dan masukkan ke dalam kukusan.
  6. Sendukkan bancuhan laksam ke dalam loyang dan pastikan lapisan tidak terlalu tebal atau nipis.
  7. Kukus sehingga masak/timbul gelembung-gelembung.
  8. Steamer Noxxa setkan selama 5 minit.
  9. Sejukkan dahulu sebelum digulung.

Resepi Kuah Laksam

  • ½ kg ikan kembung atau sardin (selayang) – bersihkan buang kepala dan ekor.
  • 1 kotak santan 200 ml,
  • 500 ml air untuk kuah,
  • 1 cawan air – untuk merebus ikan,
  • 1 st garam – untuk rebus ikan,
  • ½ st garam – untuk kuah,
  • 2 sb gula,
  • 8 ulas bawang merah,
  • 1 ulas bawang putih,
  • 10 keping asam keping,
  • Sedikit lada hitam tumbuk.

Cara-cara :

  1. Susun asam keping dalam innerpot noxxa.
  2. Letak ikan dan taburkan garam.
  3. HP selama 60 minit.
  4. Ikan tidak perlu buang tulang. Lagipun akan lembut sampai tulang nanti.
  5. Blend bersama bawang-bawang.
  6. Masukkan semula ke dalam periuk dan keluarkan asam keping.
  7. Masukkan bahan-bahan lain dan stir fry sampai mendidih.

Bahan Ulam :

  • Bunga kantan,
  • Timun,
  • Kacang panjang,
  • Kobis,
  • Daun kesum,
  • Tauge.
  • Hiris semua ulam kecuali tauge.

Bahan Sambal :

  • 10 tangkai cili kering,
  • 1 sb gula,
  • 1 st garam,
  • Belacan.
  • Blend semuanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi noxxa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.