Nak masak kek? Tapi tak tahu resepi kek yang menarik? Jom lihat 35 resepi kek yang viral di Facebook ini.

Jika keluarga anda teringin makan kek, baik anda buat sendiri di rumah. Boleh dibuat sesuai selera, juga lebih berbaloi anak-anak untuk makan sepuasnya. Selagi ada mood masak kek, cuba sahaja buat sebelum mood itu hilang.

35 resepi kek untuk dicuba. Resepi kek yang telah mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook ini sangat sayang sekali jika anda lewatkan. Pelbagai macam resepi kek kami adakan untuk anda. Daripada kek yang sederhana sehingga kek yang mewah sedap dan cantik tentunya.

Selepas ini, anda tak perlu bersusah-payah beli di kedai lagi. Siapa yang sudah mencuba sendiri di rumah dengan resepi ini, bolehlah kongsikan hasilnya kepada rakan-rakan lain. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca di luar sana.

1. Resepi Kek Tornado

tornado

Imej via Facebook

Rugi kalau tidak cuba kek tornado viral. Kek tornado ialah kek moist layer cream cheese dengan topping krim coklat pekat lekat memikat. Sesuai namanya, kek ini akan mampu tunggang langgangkan lidah anda dalam sekejap. Makan kek tornado tak muak. Sekali makan kek tornado mesti ketagih lagi. Lagi sedap masuk peti sejukkan dulu baru disantap. Resepi dikongsikan oleh Fatimah Saari di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur,
  • 1 cawan gula,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 cawan minyak,
  • 1½ cawan tepung naik sendiri + 1 sudu kecil soda bikarbonat (boleh guna 1 cawan tepung untuk kek lagi moist, kalau kalau boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder diayak).
  • ½ cawan serbuk koko@blh ganti dengan milo kalau tidak ada serbuk koko/coklat,
  • ¼ cawan air panas.

Cara-cara :

  1. Pukul rata telur, gula, dan esen vanilla.
  2. Masukan minyak masak, dikacau biar sebati.
  3. Masukkan tepung, baking powder, dan soda bicarbonate.
  4. Masukkan serbuk koko/coklat/Milo.
  5. Akhir sekali masukkan air panas, kacau rata.
  6. Bakar api atas bawah suhu 180°C selama 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven. Kalau mahu kukus boleh kukus selama 40-45 minit.
    Tip: Untuk kek gebu tidak perlu guna mixer. Hanya kacau guna sudip sahaja macam buat kek brownies.

Bahan Cream cheese :

  • 250 gram cream cheese,
  • 60 ml whipping cream (kalau ingin lebih gebu boleh lebihkan whipping cream),
  • 3-4 sudu besar susu pekat boleh sesuaikan ikut manis yang disuka.

Cara-cara :

  1. Mixer cream cheese sampai lembut.
  2. Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka).
  3. Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Bahan Coklat Ganache :
  • 100 ml whipping cream,
  • 250 gram milk compound,
  • 2 sudu besar mentega/majerin,
    (Double boil sampai sebati akhir sekali masukkan marjerin. Tuangkan coklat ganache sebagai topping kek tornado).

2. Kek Marble Jelita Azlina Ina

Imej via Facebook

Sejak PKP ini ramai yang cari resepi kek marble. Kek marble jelita amat lembut dan ayu. Indah di mata sedap di mulut. Resepi yang paling spesial berasal daripada cik Azlina lna dan dicubakan oleh Tg Khuzanika. Selamat mencuba untuk minum petang hari ini.

Bahan A :
  • 5 biji putih telur,
  • 50 gram gula castor,
    (Pukul putih telur dan gula sehingga kembang, putih, bertanduk dan tidak jatuh. Ketepikan.)
Bahan B :
  • 5 biji kuning telur,
  • 250 gram marjerin pelangi,
  • 200 gram gula castor,
  • 1 penutup esen vanilla,
  • 1 sudu besar ovalet.
  • Pukul sampai kembang dan putih.
Bahan C :
  • 200 gram tepung kek Blue Key,
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak bersama tepung),
  • 50 ml susu segar.
Langkah seterusnya :
  1. Masukkan Bahan C (tepung dengan susu) berselang seli ke dalam adunan B tadi sampai habis.
  2. Akhir sekali masukkan putih telur guna spatula.
  3. Kaup balik putih telur ke dalam adunan tadi.
  4. Corakkan ikut kreativiti dan bakar pada suhu 150°C lebih kurang 50 minit sehingga masak.

3. Resepi Kek Milo 3 Bahan

resepi kek milo

Imej via Facebook

Resepi yang mudah amat. Iaitu resepi kek Milo viral yang dikongsikan oleh Sara Vee di Facebook ini telah mendapat perkongsian ramai daripada netizen. Tidak payah guna tepung memang wow lah! Chewwy gowwy brownies milo. Sedap!

Bahan-Bahan :

  • 4 biji telur.
  • 2 cawan milo.
  • 2 sb susu pekat.
  • Pukul (mixer) 3 minit semuanya.

Cara Membuat Kek Milo

  1. Masukkan ke dalam loyang.
  2. Bakar selama 45 minit pada suhu 180’C.

4. Resepi Batik Indulgence Mr. Ali

Imej via Facebook

Bicara tentang kek batik. Tentunya tidak boleh terlepas resepi kek batik indulgence ala Muhammad Ali. Kek batik ini boleh dikatakan terkenal dan disukai ramai jika melihat jumlah perkongsian di Facebook. Tengok topping coklat ganache dan krim cheese indulgence terliur yang amat. Kek ini terdapat 3 lapisan iaitu kek batik, cream cheese, ganache, dan masak menggunakan loyang 7 inci,

Bahan Kek Batik :
  • 4 biji telur,
  • 200 gram butter,
  • 300 g biskut Mari,
  • 3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas,
  • 2 sudu gula,
  • 4 sudu susu pekat,
  • Secubit garam, kalau pakai buttercup/marjerin atau butterblend tak perlu masukkan garam sebab sudah masin.
Cara-cara :
  1. Panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut. Gaulkan.
  2. Terus masukkan telur dan gaul lagi sampai pekat.
  3. Agak-agak sudah pekat, tutup api, biarkan dalam 2-3 minit baru masukkan biskut.
  4. Gaulkan dan isi dalam bekas dan mampatkan.
  5. Simpan dalam peti sejuk dalam 30-40 minit.
Bahan Cream cheese/indulgence :
  • 120 gram whipping cream,
  • 40 gram gula kastor,
  • Setengah sudu kecil essen vanilla,
  • 250 g cream cheese.
  • Gelatin 10 gram + 40 ml air panas (pastikan betul-betul panas). *Gelatin adalah pilihan masing-masing. Nak masuk boleh tak masuk pun boleh. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ini dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.
Cara-cara :
  1. Campurkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream dan gelatin.
  2. Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.
  3. Tuang atas kek batik tadi.
  4. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.
Bahan Ganache :
  • 100 gram whiping cream,
  • 100 gram dark chocolate,
  • Satu sudu kecil butter,
Cara-cara :
  1. Double boil kan semua bahan-bahan di atas.
  2. Jika sudah sebati suamkan dulu kemudian baru tuang ke atas cream cheese tadi.
  3. Tinggalkan semalaman dan boleh makan.

5. Resepi Kek Sarang Semut

Imej via Facebook

kek satu ini memang jadi kesukaan ramai sejak dulu lagi. Resepi kek semut mudah dan tidak perlu perap. Siap saja terus kukus atau bakar. Jom buat kek sarang semut resepi oleh Zurila Ghani di laman Facebook. Boleh lah buat untuk makan-makan sendiri. Guna loyang 7 inch ya.

Bahan untuk 1 adunan :
  • Gula 1 cawan,
  • Air panas 1 cawan,
  • Mentega ½ cawan, (butter Anchor)
  • Telur 4 biji,
  • Susu pekat manis ½ cawan,
  • Tepung gandum 1 cawan,
  • 1 sudu besar soda bikarbonat,
Cara-cara :
  1. Masak gula sampai keperangan, kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan mentega dan kacau sampai sebati. Biarkan sejuk.
  3. Di tempat lain, pukul telur dan campurkan susu pekat manis. Kacau-kacau.
  4. Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
    Kemudian campurkan gula perang tadi (tapis) ke dalam adunan.
  5. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan yang sudah dioles dengan mentega.
  7. Siap untuk dibakar atau dikukus. Resepi ini dikukus.
  8. Jika rasa sudah siap cucukkan dengan lidi. Kalau sudah masak kek tidak akan melekat dekat lidi.

6. Resepi Kek Telur Mata Mango Cheese

Imej via Facebook

Kek yang menarik hati siapapun yang melihatnya. Fendi Islam berkongsi resepi kek telur mata yang senang dicuba. Kek ini mengubah puding menjadi sama bentuk macam telur mata. Kek pula menggunakan kek sponge biasa. Untuk kek, anda boleh guna mana-mana resepi kek sponge. Guna loyang bulat saiz 5 inch. Kemudian tambahkan perisa yang disuka. Disebabkan ini kek mangga, gunalah perisa mangga dan sedikit pewarna kuning.

Bahan Cheese (Telur Putih) :
      • 250 gram cream cheese (guna Royal Victoria),
      • 125 gram gula aising,
      • 500 gram fresh cream (guna jenama Rich),
      • 1 sudu besar esen vanilla (gune Star brand),
      • 1 sudu besar perisa mangga,
      • 2 sudu besar jus lemon,
Cara-cara :
      1. Mula-mula campurkan cream cheese, gula aising, dan esen vanilla sampai sebati dan kembang sedikit.
      2. Kemudian masukkan jus lemon dan perisa mangga, campur sampai sebati.
      3. Seterusnya, dalam mangkuk lain, mix fresh cream sampai kembang tapi soft, bukan kental sangat.
      4. Lalu campur dalam adunan cheese tadi, maka dia akan jadi kental dan menggerutu.
      5. Kaup balik sampai dia jadi soft balik dan pekat. Tekan-tekan sedikit.
Bahan Puding Mango (Telur Kuning)

Boleh guna mana-mana resepi puding. Beli yang rasa mango terus lagi senang. Guna acuan kuih NONA yang warna merah. Letak separuh sahaja puding dalam acuan tersebut.

Cara Hidang :
      1. Letak kek dalam bekas plastik.
      2. Kemudian letak 1 senduk kecil adunan cheese. Ratakan secara spontan sahaja.
      3. Terus letak puding yang siap tadi. Hati-hati takut pecah.
      4. Lalu, ambil serbuk koko dan dusting sugar, taburkan sedikit di tepi-tepi telur kuning dan putih tadi. Siap.

7. Resepi Kek Aiskrim Mr.Ali

Imej via Facebook

Nama kek aiskrim tapi ianya bukan aiskrim melainkan kek lazat yang teksturnya macam aiskrim. Penyimpanannya juga tetap di bahagian chiller, bukan freezer ya. Selamat mencuba kek aiskrim yang baharu dan menarik dikongsikan oleh Muhammad Ali di laman Facebook. Guna loyang 5 inci.

Mula-mula buat bahan filling,
Bahan fillig lapisan pertama:
      • 200 gram cream cheese,
      • 120 gram milk chocolate yang telah dicairkan,
      • 1 sudu makan serbuk koko,
      • 100 gram dairy whipping cream.
Cara-cara :
      1. Putar 200 gram cream cheese. Pastikan krim cheese sudah berada pada suhu bilik.
      2. Kemudian masukkan 120 gram milk chocolate yang telah dicairkan ditambah 1 sudu makan serbuk koko. Gaul sebati. Jika sudah sebati ketepikan.
      3. Dalam bekas yang lain putar 100 gram dairy whipping cream sampai kental.
      4. Kaup balik whipped cream tadi bersama adunan cream cheese . Kaup balik sampai sebati. Masukkan dalam loyang. Loyang kena pakai jenis yang tidak ada base, orang panggil ring adjustable pan atau springform pan bukan loose pan ya.
      5. Sejukan sejam dalam chiller.
Bahan filling lapisan kedua :
      • 200 gram cream cheese,
      • 40 gram gula icing,
      • 1 sudu kecil essen vanilla,
      • 100 gram dairy whipping cream,
Cara-cara :
      1. Putar 200 gram cream cheese. Pastikan krim cheese sudah berada pada suhu bilik.
      2. Kemudian masukkan 50 gram gula aising dan 1 sudu kecil essen vanilla.
      3. Putar hingga sebati. Jika sudah sebati ketepikan sekejap.
      4. Dalam bekas yang lain putar 100 gram dairy whipping cream sampai kental.
      5. Kaup balik whipped cream tadi bersama adunan cream cheese. Kaup balik sampai sebati.
      6. Masukkan dalam loyang, tuangkan ke atas adunan cream cheese milk chocolate tadi.
      7. Setkan 7 jam keatas dalam bahagian chiller.
Seterusnya buat base kek dan lapisan luar coklat,
Lapisan pertama: Base kek
Bahan bahan :
      • 200 gram oreo yang telah dihancurkan,
      • 80 gram butter yang telah dicairkan.
Cara-cara :
      1. Gaulkan oreo yang telah dihancurkan bersama butter yang telah dicairkan. Mampatkan dalam loyang.
      2. Setkan 30 minit, dan letakkan filling kek tadi. Caranya letakkan loyang 5 inci tadi. Regangkan kek dari loyang dengan ambik spatula plastik tadi cucuk-cucukkan disekeliling kek supaya senang nak tarik nanti.
      3. Jika sudah regang, perlahan lahan tarik loyang keatas dan kek akan berada pada tengah-tengah loyang 7 inci tadi.
Lapisan luar : dark chocolate mousse
      • 500 gram dairy whipping cream,
      • 350 gram dark chocolate yang telah dicairkan, saya pakai callebaut 811.
      • 4 sudu makan serbuk koko.
Cara-cara :
      1. Putar 500 gram whipping cream sehingga kental.
      2. Masukkan 350 gram dark chocolate yang telah dicairkan ke dalam adunan whipping cream yang dipukul kental tadi.
      3. Tambahkan 4 sudu makan serbuk koko. Kaup balik sehingga sebati.
      4. Masukkan dalam piping bag. Pipekan disekeliling adunan filling 5 inci tadi. Pipekan sampai memenuhi loyang.
      5. Jangan lupa hentak 2 kali supaya keluarkan air bubble dan ratakan kek supaya kena semua tempat dalam loyang itu.
      6. Setkan 3 jam kemudian keluarkan m loyang. Loyang yang ini pula pakai yang jenis loose pan.
      7. Akhir sekali hias ikut suka mahu letak buah atau letak coklat.,m

8. Resepi Kek Pisang Khayangan

Imej via Facebook

Dipanggil kek khayangan kerana kek pisang resepi oleh Rushdi Lazim ini memang sangat mewah. Tidaklah sama macam kek pisang yang dijual di kedai-kedai itu. Belum cuba belum tahu, oleh sebab itu anda mesti cuba kek pisang versi khayangan punya.

Bahan-bahan :
      • 4 biji pisang yang sudah terlebih masak dan lebam.,
      • 120 gram gula perang,
      • 115 gram butter (cairkan),
      • Vanilla essence sedikit,
      • 120 gram buttermilk (caranya amik ½ cup susu fresh + ½ sudu makan cuka, biarkan).
Bahan kering :
      • 160 gram tepung gandum,
      • 25 gram serbuk kok,
      • 1 tsp baking powder,
      • ½ tsp baking soda,
      • ½ tsp garam,
      • 80 gram belgian callebout choc,
      • 30 gram walnut (lebih pun tak apa)
Cara-cara :
      1. Mula-mula cairkan butter.
      2. Kemudian hancurkan pisang sampai lumat.
      3. Masukkan gula perang.
      4. Masukkan butter yang sudah dicairkan tadi. (Tak ada butter boleh guna minyak masak)
      5. Masukkan bancuhan buttermilk.
      6. Masukkan bahan kering.
      7. Masukkan coklat belgian callebout dan walnut.
      8. Campurkan semua sampai sebati.
      9. Boleh letak kekacang.
      10. Masukkan dalam loyang. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening untuk elakkan kek melekat.
      11. Tabur lagi belgian callebout choc dan walnut dekat atas.
      12. Bakar pada suhu 150°C ke 160°C dalam 40-45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing.
Tips :

Salut choc belgian dan walnut itu dengan tepung sedikit supaya dia tidak tenggelam ke dasar masa bakar nati.

9. Resepi Kek Pisang Lazat Memikat

kek pisang

Imej via Facebook

Kek pisang ini sangat simple, kurang manis dan pisang terasa 100%. Sesuai sangat untuk minum petang layan kopi atau teh O. Sebagaimana resepi kek pisang hasil perkongsian Noor Hamizah Ngatiman‎ di Facebook ini.
Adapun beberapa tips untuk dapat kek pisang yang gebu dan lembut ialah :

      • Gunakan 100% minyak jagung.
      • Hanya gunakan pisang berangan untuk dapatkan bau yang wangi.
      • Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15 minit sebelum dimixer. Ini untuk dapatkan warna kek yang lebih gelap dan menampakkan jalur-jalur pada kek nanti.
      • Bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Lagi sedap.
      • Kek Pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah dibahagian atasnya.

Bahan-bahan :

      • 1 1/2 cawan tepung gandum
      • 1/2 sk soda bikarbonat
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 4-5 biji pisang berangan
      • 1 cawan minyak jagung mazola
      • 3/4 cawan gula halus
      • 2 biji telur gred B
      • Sedikit esen vanilla

Cara Membuat :

      1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
      2. Pisang dilecek lembut.
      3. Mixer minyak mazola, gula halus, telur dan esen vanilla hingga kembang/putih.
      4. Jika sudah kembang, masukkan pisang tadi. Gaul rata.
      5. Kaup balik tepung.
      6. Sudah siap, seterusnya alas loyang kertas. Gris tepi loyang.
      7. Bakar selama 30 minit suhu 170’C.
      8. Bahagian atas gelap turunkan suhu 150’C. Bakar 10 minit lagi hingga masak.

10. Resepi Kek Span Coklat

kek span

Imej via Facebook

Pernahkah anda makan kek lembut lagi moist? Kek tersebut adalah kek span, yang memiliki tekstur lembut seperti span. Tidak hairanlah ia dinamai demikian. Kek span adalah antara kek yang tengah naik tular masa kini. Tidak sedikit orang yang menghidangkan kek span sebagai sekadar pencuci mulut mahupun untuk dihidangkan kepada tetamu. Sila cubakan resepi kek span coklat yang menarik perhatian dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

      • 140 gram gula kastor,
      • 15 gram ovalette,
      • 5 biji telur gred B,
      • 110 gram tepung self rising,
      • 1 sudu kecil serbuk penaik,
      • 20 gram serbuk koko,
      • 40 gram air,
      • 1 sudu kecil emulco coklat,
      • 70 gram minyak masak @ minyak jagung.

Cara-cara :

      1. Gula dan ovalete disatukan dalam bowl mixer.
      2. Gaul rata dengan sudu supaya ovallete tidak terlalu berketul.
      3. Kemudian masukkan telur dan tepung yang ditambah serbuk penaik yang telah diayak.
      4. Kemudian putar perlahan sehingga rata sebelum menukar kepada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan gebu (agak memakan masa sedikit, kena pastikan betul-betul kembang dann gebu ya).
      5. Setelah itu, masukkan air yang dibancuh dengan emulco coklat dan diputar lagi sehingga sebati.
      6. Kemudian masukkan serbuk koko dan setelah adunan sebati, masukkan minyak dan putar perlahan selama 3 minit.
      7. Jika adunan belum sebati, gaul dengan senduk sehingga sebati.
      8. Griskan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper sebelum dibakar.
      9. Bakar pada suhu 180°C (ikut oven masing-masing) sampai masak.
      10. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai kek.
      11. Biarkan sebentar dan terbalikkan kek semula. 1 adunan ini adalah untuk 1 biji kek loyang saiz 8″ atau 9″. Kalau ingin buaat saiz 4″ bole dapat 5 biji.

Bahan Aising :

      • 350 gram krimwell,
      • 150 gram buttercup,
      • 250 gram gula aising (ayak 3x),
      • 2 sudu kecil esen vanilla@butter vanilla.

Cara-cara :

      1. Pukul krimwell yang ditambah buttercup sehingga kembang.
      2. Kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan esen vanilla. Pukul seketika lagi dan siap.
      3. Kek yang sudah sejuk dipotong tengahnya untuk dibahagikan kepada 2 bahagian.
      4. Sapu sedikit aising di atas cake board, letakkan potongan yang pertama dan lapiskan aising si atas kek.
      5. Kemudian lapikkan dengan potongan kedua dan salut aising di seluruh kek dan lepa kek (bagian ini memerlukan skill, boleh rujuk di youtube).
      6. Hias ikut kreativiti masing-masing.
      7. Siap.

11. Resepi Kek Lapis Kukus

Imej via Facebook

Resepi kek lapis kukus yang dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebook ini mendapat sambutan ramai. Ianya lebih menarik dan disukai kerana pilihan warna yang berbeza dengan kek lapis umumnya yang berwarna pink putih.

Bahan A :

      • 2 cawan tepung gandum,
      • 3 sudu besar tepung jagung,
      • 2 cawan santan pekat,
      • 1 sudu kecil garam.

Bahan B :

      • 1 tin susu cair,
      • 1 cawan santan cair,
      • 1 ¼ cawan gula pasir,
      • 2 helai daun pandan simpul.

Bahan C :

      • 3 sudu besar serbuk koko dan 4 sudu besar air suam dikacau biar sebati.
      • 1 sudu kecil pewarna hijau. Kalau ingin terang boleh tambah lagi.

Cara-cara :

      1. Satukan semua bahan B. Masak di atas api sambil kacau sampai gula hancur.
      2. Ketepikan bahan B yang dimasak tadi, biar suam-suam sedikit.
      3. Kemudian masukkan semua bahan A dalam bekas. Kacau-kacau biar sebati.
      4. Bila bahan B yang kita masak tadi sudah suam, campurkan bahan A dan B, kacau sebati dan tapis.
      5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan letak serbuk koko yang dibancuh tadi. Satu adunan lagi masukkan pewarna hijau.
      6. Panaskan kukusan. Bungkus penutup kukusan jangan bagi air wap menitik.
      7. Letak loyang yang sudah disapu minyak dalam kukusan biar panas sekejap.
      8. Kemudian tuang adunan selapis demi selapis. Mula-mula tuang warna coklat dulu selapis. Tuang haruslah rata dalam loyang.
      9. Kukus dalam 5 minit untuk setiap lapisan dengan api sedang.
      10. Jika sudah cukup 5 minit, buka kukusan kemudian tuang yang hijau pula. Tutup dan kukus lagi 5 minit.
      11. Ulang langkah tuang selapis demi selapis sampai habis adunan.
      12. Untuk adunan yang terakhir kukus selama 20 minit.
      13. Jika sudah siap masak, keluarkan kek lapis dari kukusan.
      14. Sejukkan dulu baru dipotong-potong.

12. Kek Coklat Indulgence

Imej via Facebook

Dengan kaedah yang agak rumit sedikit, anda memang perlukan sabar tingkat tinggi untuk dapatkan hasil yang memuaskan. Diperlukan keterampilan yang handal dalam membuat kek agar kek menjadi. Selamat mencuba resepi perkongsikan oleh Nur Afirah Mohd Rosely‎ di laman Facebook.

Bahan-bahan :

Kek coklat :

      • Boleh pakai tepung kek sedia ada. Senang buat hanya tambah telur, minyak dan air.

Filling Coklat Pahit :

      • 100 gram coklat pahit,
      • 150 gram butter,
      • 70 gram gula halus,
      • 2 biji kuning telur,
      • 250 ml krim segar.

Filling Coklat Putih :

      • 100 gram coklat putih,
      • 150 gram butter,
      • 70 gram gula halus,
      • 2 biji kuning telur,
      • 250 ml krim segar.

Coklat Ganache :

      • 300 gram coklat pahit,
      • 300 gram krim segar,
      • 25 gram butter.

Cara Membuat Filling :

      1. Putar krim segar hingga kental dalam 3 minit dan ketepikan.
      2. Ambil bekas lain, putar butter dan gula halus hingga kembang, tambah kuning telur dan putar lagi hingga berkrim.
      3. Campurkan coklat pahit yang sudah dimasak double boil, gaul rata.
      4. Masukkan krim segar yang sudah diputar tadi, guna kaedah kaup balik.
      5. Masukkan dalam piping beg.*Untuk kaedah coklat putih sama sahaja cuma bezakan coklatnya.

Cara Melapis Kek :

      1. Potong kek untuk dapatkan 4 keping.
      2. Letak lapisan kek :
        1. Kek
        2. White filling
        3. Kek
        4. Choc filling
        5. Kek
        6. White filling
        7. Kek
      3. Sapukan baki filling coklat pahit sekeliling kek,ratakan.
      4. Masukkan ke dalam peti ais untuk keraskan sedikit krim sebelum letak coklat ganache.
      5. Akhir sekali tuangkan coklat ganache di atas kek. Letak dalam peti sejuk kembali untuk keraskan coklat ganache.
      6. Jika sudah keras boleh potong dan sedia untuk dihidangkan.

13. Resepi Kek Belacan

kek belacan

Imej via Facebook

Warna kek yang kehitaman dan teksturnya yang padat membuat ia tampak seperti belacan sehingga dipanggil kek belacan. Rasanya sama macam kek biasa. Ia diperbuat daripada susu, gula dan koko. Kek ini tidak berongga dan gebu macam kek tepung biasa. Malah kek belacan lebih padat dengan tekstur yang lembut. Resepi kek belacan mudah dikongsikan oleh  di Facebook.

Bahan-bahan :

      • 2 ketul butter Anchor,
      • 10 biji telur,
      • 3 sudu besar ovalatte,
      • 2 cawan tepung hongkong,
      • 1 ½ tin kecil susu,
      • 1 ½ tin kecil seri kaya,
      • 1 tin kecil nestle cream,
      • ¾ cawan horlick,
      • 2 sudu besar serbuk koko,
      • ½ cawan browning sugar,
      • 1 sudu teh esen vanilla.

Browning sugar/gula karamel :

      • 1 ¼ cawan gula pasir,
      • 2/3 cawan air panas,
      • Panaskan gula hingga cair dan keperangan.
      • Masukkan air. Kacau sebati.

Cara-cara :

      1. Pukul mentega, ovalatte dan gula hingga kembang.
      2. Masukkan telur sebiji-sebiji.
      3. Masukkan susu, kaya, Horlicks, serbuk koko, esen vanilla, nestle cream dan browning sugar. Sebatikan.
      4. Masukkan tepung dan sebatikan lagi.
      5. Kukus adunan selama 4 jam.

Nota : Lebih sedap guna browning sugar yang khas untuk kek sarawak.

14. Resepi Kek Pelangi Karamel

kek pelangi

Imej via Facebook

Kek pelangi berkaramel dan penuh krim sangat menyelerakan. Resepi daripada HaNy NisHa di laman Facebook ini sangat menarik. Ia membuat kek pelangi berasaskan puding dan apam. Menarik untuk dicuba buat sendiri dan dihidangkan.

Bahan-bahan :

Gula Karamel :

      • 2 sudu besar gula,

Puding :

      • 2 biji telur gred A,
      • 1 cawan susu pekat,
      • 1 cawan susu cair,
      • 1 sudu besar esen vanilla.

Apam Susu Pelangi :

      • 3 biji telur *,
      • ½ cawan gula *,
      • 1 sudu besar ovalatte *,
      • 1 sudu kecil esen vanilla *.
      • 1 ½ cawan tepung gandum,
      • 1 sudu kecil baking powder,
      • 5 sudu besar susu pekat,
      • 5 sudu besar susu cair@segar,
      • Pewarna.

Cara-cara :

      1. Mula-mula buat gula karamel. Gula dicairkan dalam loyang 8 inch. Biar sampai keperang-perangan. Sejukkan dan ketepikan dahulu.
      2. Seterusnya satukan kesemua bahan puding. Pukul sebati dan tapis ke dalam loyang gula karamel tadi. (kalau saiz loyang besar lagi dan tebal tambah saja kuantiti telur, susu cair dan pekat ikut kreatif masing-nasing).
      3. Kukus selama 20-25 minit. (Tips agar tidak berair ialah tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil supaya uap tidak menitik).
      4. Mix bahan apam sampai gebu.
      5. Ayak tepung gandum dan baking powder.
      6. Jika adunan sudah kembang, masukkan susu pekat.
      7. Pukul sebati lepas itu matikan mixer.
      8. Masukkan tepung selang seli dengan susu cair @ segar.
      9. Jika sudah siap adunan, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak
      10. warna yang anda minat.
      11. Jika sudah letak warna terus tuangkan ke atas puding yang sudah dikukus tadi, selang selikan.
      12. Jangan penuh sangat nanti tidak ada ruang untuk dia kembang. (So, yang baki tadi boleh ambil loyang saiz 5 inch dan dapat kek pelangi lagi sebiji).
      13. Balut semula dengan aluminium foil dan kukus semula 30 minit dengan api sederhana.
      14. Siap. Lagi best kalau makan sejuk-sejuk. Masukkan dalam peti ais dulu.

15. Resepi Kek Cream Cheese

kek cheese

Imej via Facebook

Percayakah anda hanya menggunakan 3 bahan saja boleh buat resepi kek cheese sedap yang sangat mabeles! Hanya menggunakan cream cheese Tatura, susu dan telur saja, membuat kek cheese yang gebu gebas jadi semudah kelipan mata. Resepi kek cheese creamy yang dikongsikan oleh Marina Zainal di laman Facebook.

Bahan-bahan :

      • 120 g Tatura cream cheese,
      • 120 g susu pekat manis,
      • 3 biji telur gred B.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tidak berketul. Kalau mahu kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
  2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
  3. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
  4. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
  5. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
  6. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Kalau tidak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
  7. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air)
  8. Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tadi. Masa panaskan oven, air akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’ :

  1. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
  2. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
  3. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada sudah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tidak.
  4. Bila sudah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan. Pintu oven bukakan sedikit.
  5. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun sudah sedap.
  6. Gunakan parutan keju cheddar. Kalau mahu cairkan parutan keju pada topping, boleh masukkan sekejap dalam oven.
  7. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!

Nota : Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali cuba buat. Kalau rasa mahu kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.

16. Resepi Kek Tiramisu

tiramisu kek

Imej via Facebook

Resepi kek tiramisu yang mampu memikat hati didatangkan daripada dalam perkongsiannya di Facebook. Kek tiramisu dibuat dengan tiga lapisan. Antaranya ialah lapisan original, lapisan koko menggunakan nescafe dan lapisan coklat menggunakan serbuk koko. Topping yang lembut diperbuat daripada cream cheese, susu pekat dan butter. Kemudian ditaburkan nescafe, milo dan serbuk koko.

Bahan-bahan Kek :

      • 4 biji telur,
      • 1 sb ovelet,
      • 1 st esen vanilla,
      • 1 cawan gula kastor,
      • ½ cawan minyak masak,
      • ½ cawan fresh milk,
      • 2 cawan tepung gandum,
      • 1 st baking powder,
      • 1 paket nescafe,
      • 2 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara :

      1. Mula-mula campurkan telur, ovalette,  esen dan gula sampai kembang dan gebu, guna kelajuan tinggi.
      2. Kemudian masukkan minyak dan susu campurkan sebati.
      3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, guna kelajuan rendah dan campurkan sampai sebati.
      4. Bahagikan kepada 3 adunan.
        1. Adunan original,
        2. Adunan koko (1 paket nescafe blew, jadikan pes),
        3. Adunan coklat (2 sudu besar serbuk koko).
      5. Boleh tambahkan sedikit pewarna koko ke dalam adunan koko dan coklat untuk warna yang lebih cantik.
      6. Kemudian griskan loyang dan lapik dengan baking paper.
      7. Lalu tuang adunan coklat dulu dan kukus sampai masak.
      8. Jika sudah masak tuang adunan koko.
      9. Jika adunan sudah masak, tuang adunan original.
      10. Kukus sampai masak ditandai bila cucuk lidi tidak melekat.
      11. Bila sudah masak telungkupkan di atas redai dan telungkupkn balik di atas papan kek.
      12. Trim tepi-tepi kek.
      13. Tunggu sejuk baru hias.

Bahan Topping :

      • 250 gm cream cheese,
      • ½ tin susu pekat,
      • 120 gm butter,

Cara-cara :

      1. Campurkan cream cheese, susu pekat dan butter sampai hilang ketul-ketul bagi licin.
      2. Tuang terus di atas kek.
      3. Kemudian ayak 1 sudu kecil nescafe, milo dan serbuk koko.

Nota :

  • Saya campur semua bahan ayak terlebih dulu, lepas itu baru ayak ke atas kek.
  • Buah untuk bagi shining boleh celup buah dalam piping jelly dulu.

17. Resepi Kek Batik Sukatan Cawan

kek batik sukatan cawan

Imej via Facebook

Teringin membuat kek batik senang dan sukatan yang mudah? Resepi perkongsian daripada ‎Fatimah Ali‎ di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai kerana ianya mudah dilakukan. Hanya menggunakan sukatan cawan, tak perlu timbang lagi. Rasanya sedap pun gerenti sangat memuaskan.

Bahan-bahan :

      • 250 gm Butter/Margerin
      • Biskut Marie 600 gm (2 paket)
      • Milo 1 cawan
      • Serbuk Koko 1 cawan
      • Nestum 1 cawan
      • Telur 3 biji
      • Susu pekat 1 cawan
      • Air 1 cawan

Cara-cara :

  1. Biskut Marie dipatah-patahkan.
  2. Cairkan Butter dalam kuali.
  3. Bila sudah cair masukkan Milo, serbuk koko dan susu.
  4. Kemudian kacau pekat sedikit
  5. Kemudian masukkan telur dan air. Kacau lagi sampai pekat.
  6. Tutup api dan masukkan nestum.
  7. Masukkan biskut marie. Kacau rata.
  8. Alaskan loyang atau bekas dengan plastik.
  9. Masukkan adunan biskut marie tadi.
  10. Tekan bagi padat.
  11. Sejukkan dalam peti.
  12. Potong dan hidangkan.

18. Resepi Kek Lumut

kek lumut

Imej via Facebook

Kek lumut berasal daripada Sarawak, dipanggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunya yang serupa macam lumut. Terdapat pelbagai versi resepi untuk eeeeeeeeeeeddmembuat kek lumut. Tapi pada resepi yang di kongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini tidak menggunakan nestum, hanya horlick dan butter sahaja sudah memberikan bau dan rasa yang sedap dan lembut. Kalau anda tak suka manis boleh kurangkan sukatan gula.

Bahan-bahan :

      • 5 biji telur
      • 225 gm butter
      • 3/4 cup gula halus (kalau tak suka manis boleh kurangkan sikit)
      • 1 gelas tepung gandum (200gm)
      • 1/4 tin susu pekat
      • 1/2 gelas horlicks (100gm)
      • 1/2 bekas kaya pandan
      • 2 sudu makan pes pandan
      • Pewarna hijau secukupnya

Cara Membuat :

      1. Pukul telur hingga kembang.
      2. Dalam bekas lain, pukul buter dan gula hingga berkrim.
      3. Kemudian, masukkan telur yang sudah dipukul tadi.
      4. Masuk tepung, susu, kaya dan horlicks.
      5. Mix sebati.
      6. Akhir skali masukkan pes pandan dan pewarna.
      7. Bakar suhu 170’C selama 45 minit.

19. Resepi Kek Carrot

resepi kek carrot

Imej via Facebook

Kelazatan kek carrot dipengaruhi oleh keharuman kulit kayu manis dan parutan carrot yang bergabung didalam adunan kek. Resepi kek carrot yang kami kongsikan ini sangat mudah dan senang. Resepi yang mendapatkan perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Azizi Rais, confirm anda akan dapatkan kek carrot yang sedap dan jadi.

Bahan-bahan :

      • 2 cups icing sugar.
      • 4 biji telur (gred B).
      • 1 setengah cup vegetable oil.
      • 2 cups self rising flour.
      • 1/2 teaspoon baking soda.
      • 1 teaspoon baking powder.
      • 1 batang carrot (diparut halus).
      • Secubit serbuk kayu manis (optional).

Cara Membuat :

  1. Dalam mixing bowl, masukkan minyak, telur dan icing sugar. Putar kelajuan tiggi selama 10 minit atau likat dan putih.
  2. Masukkan tepung, soda, baking powder dan serbuk kayu manis (jangan terlampau banyak nanti menggannggu rasa carrot).
  3. Kemudian masukkan carrot parut. Kaup balikkan sehingga sebati.
  4. Bakar selama 1 jam dengan suhu 170’C, atau sehingga masak (dicucuk lidi).
  5. Kemudian potong kek kepada 2 lapisan, sapukan topping di antara kek dan ratakan cream di atas kek dan deco menggunakan piping beg.

Bahan Topping :

      • 250 gm cream cheese.
      • 100 gm icing sugar.
      • 100 ml whip cream.

Cara Membuat Topping :

      • Putar cream cheese dengan icing sugar sampai putih.
      • Masukkan whip cream.
      • Pukul lagi sampai likat dan kental.

20. Resepi Kek Lapis Sarawak

kek lapis

Imej via Facebook

Kek Lapis Sarawak ialah kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia. Kek lapis biasanya dihidangkan pada majlis-majlis khas. Biasanya dipanggil kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak atau kek lapis sahaja. Resepi kek lapis masam manis yang dikongsikan oleh Salwa Adam di Facebook.

Bahan-bahan :

  • 10 biji telur gred A.
  • 1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan).
  • 1/2 tin krimer manis (resepi asal 1 tin).
  • 1 1/4 buttercup.
  • 1 packet haw flakes.
  • 2 1/2 cawan biskut lemak yang telah diblend. (Guna biskut lemak cap pingpong. Ada resepi yang menggunakan biskut mari. Tapi percayalah penggunaan biskut lemak akan buat rasa kek jadi luar biasa sedap dan mengeluarkan bau yang menyelerakan).
  • 1 sk esen vanilla.
  • 1 sk serbuk penaik. *Optional
  • Pewarna hijau dan kuning.

Cara membuat:

  1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.
  2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.
  3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati.
  5. Sambil mixer ON, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.
  6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.
  7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing-masing ingin warna kek terang mana. Sedia untuk dikukus.
  8. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga ± 10 min.
  9. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes. Selang selikan warna.
  10. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Siap.

21. Resepi Blueberry Yogurt Cake

blueberry yogurt cake

Imej via Facebook

Ramai orang suka akan blueberry yogurt cake. Rasa manis blueberry campur dengan masam yogurt akan hasilkan rasa yang melazatkan. Mari cubakan resepi blueberry yogurt cake sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Saudin‎ di laman Facebook. Hidangkan untuk jamuan mewah jadi makin istimewa.

Bahan-bahan :

  • 3 biji kuning telur,
  • 45 gm yogurt,
  • 50 gram tepung kek/gndum,
  • 15 gram minyak jagung/masak,
  • 3 biji putih telur,
  • 45 gram gula castor,
  • Sedikit blueberry filling/buah yang fresh.

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur. Asingkan putih dan kuning.
  2. Masukkan kuning telur dalam bekas.
  3. Masukkan yogurt. Kacau-kacau sedikit tapi jangan lama sangat.
  4. Masukkan tepung, gaul hingga sebati. Tambah minyak jagung. Gaul lagi hingga rata. Guna whisk saja. Ketepikan.
  5. Pukul putih telur bersama gula kastor hingga stiff peak.
  6. Masukkan dalam adunan tadi. Gaul perlahan hingga sebati cara kaup balik saja.
  7. Masukkan dalam loyang yang dialas kertas.
  8. Masukkan separuh dulu, letak blueberry filling/yang fresh di atas adunan tadi. (Ikut citarasa ingin sebanyak mana).
  9. Habiskan baki adunan untuk menutup blueberry tadi. Kalau ingin comel letak sedikit blueberry di atas kek dan lorekkan.
  10. Bakar guna kaedah waterbath selama 45 minit.

22. Resepi Basque Burnt Cheese Cake

basque burnt cheese

Imej via Facebook

Resepi basque burnt cheesecake atau mudah dikenal dengan kek cheese hangus, diperbuat dengan menggunakan cream cheese, tepung, telur, whipping cream dan gula. Penyediaan kek ini ialah dengan dibakar sehingga permukaannya coklat gelap. Namun begitu rasa kek ini tidak hangit, malah sebaliknya ia amat manis, lembut dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Norlela Abdullah‎ di laman Facebook

Bahan-bahan :

      • 1000 gram cream cheese (suhu bilik),
      • 300 gram gula halus,
      • 7 biji telur,
      • 500 gram whipping cream,
      • 30 gram tepung gandum.

Cara-cara :

      1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
      2. Siapkan bekas spring foam saiz 9 inch dulu.
      3. Bahagian dalam alaskan dengan parchment paper lebihkan ke atas sedikit sebab kek akan menaik.
      4. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil.
      5. Putar cream cheese dengan gula halus kemudian masukkan telur satu persatu.
      6. Kemudian masukkan whipping cream.
      7. Akhir sekali masukkan tepung gandum kaup balikkan sahaja.
      8. Masukkan adunan dalam spring foam.
      9. Bakar sejam atau sehingga bahagian atas kek agak coklat gelap. Api atas bawah. Matikan kipas.
      10. Biarkan sejuk baru buka pintu oven.
      11. Lepas itu masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

23. Resepi Oreo Cheesecake Lembut

Imej via Facebook

Anak-anak sangat suka Oreo cheesecake. Ia amat lembut dan amat terasa Oreo dan vanilanya. Serasa macam makan oreo sebenar namun dengan lembut cheesecake. Mari buat Oreo cheesecake kegeraman anak sekarang juga. Bahan-bahan yang mudah didapat serta resepi yang senang dicubakan dikongsikan oleh Norain Ramli di laman Facebook. Sila cubakan.

Bahan-bahan :

      • 2 plastik oreo vanilla,
      • 50 gram mentega,
      • 250 gram cream cheesem
      • 1 sudu makan vanilla,
      • 80 gram castor sugar,
      • 250 g whipping cream.

Cara-cara :

Bahagian bawah cheesecake :
  1. Oreo dihancurkan sekali dengan inti vanilanya.
  2. Mix dengan mentega yang sudah dicairkan.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan tekan pakai sudu biar rata dan padat.

Cara membuat lapisan Cheesecake :

  1. Pukul cream cheese, vanila dan gula kastor hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan whipping cream. Pukul sebati.
  3. Terus letak dalam loyang tadi dan ratakan pakai spatula.
  4. Tabur oreo hancur di atas untuk hiasan.
  5. Masukkan dalam peti ais semalam hingga keras.

24. Resepi Strawberry Cheescake Rolls

strawberry cheesecake rolls

Imej via Facebook

Terutamanya pecinta cheese patut cuba resepi ini. Cheese yang sangat melekit dan sedap menjilat jari. Bayangkan cuma menggunakan 5 bahan sahaja dan step-step mudah. Resepi daripada Hurun’Iin Malik‎ di laman Facebook ini sudah mendapat perkongsian hingga 11K.

Bahan-bahan :

      • 10 keping kulit popia
      • 250 g cream cheese
      • 6 biji strawberry (potong kecil)
      • 2 sudu besar gula aising
      • 4 titik esen vanilla
      • Tambahan gula aising untuk ditabur

Cara-cara :

      1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.
      2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.
      3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese dan tutup dengan lapisan cream cheese lagi.
      4. Lipat popia macam biasa dan goreng sehingga kekuningan.
      5. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.

25. Resepi Blueberry Chilled Cheese Cake

blueberry cheese cake

Imej via Facebook

Blueberry cheese cake, dengar nama pun dah meleleh air liur. Apalagi jika anda pecinta cheese, jangan sampai anda tak baca resepi ini. Resepi blueberry cheese cake sedap daripada Nor Asfah Mohd Ali‎ di Facebook. Jom tengok dan cuba.

Bahan-bahan Tapak @ base :

      • 1 pakej biskut oreo
      • 1/4 buku butter

Bahan Kek :

      • 1 pakej gelatin, larutkan dengan 1/2 cawan air panas
      • 250 gm cream cheese
      • 1 kotak kecik whipping cream
      • 4 sudu gula, ikut manis masing-masing
      • 2 bekas yogurt, (sebenarnya pada gambar dibuat bawah blueberry atas strawberry. Tapi tak nampak lapisan dia. Kalau letak warna atau filling baru nampak cantik).
      • 1 bekas toping blueberry

Cara Buat Tapak

      1. Hancurkan biskut oreo, asingkan krim dan campur dalam cheese. (Jika hancurkan guna tangan saja tak cantik).
      2. Panaskan 1/4 buku butter.
      3. Masukkan butter cair dalam biskut oreo hancur tadi.
      4. Bila sudah sebati, masukkan dalam bekas simpan dalam peti ais sementara tunggu siapkan kek dia.

Kek ini kecik saja. Kalau nak kek rendah sikit buat lagi 1 tapak dengan bancuh lagi 1 pakej oreo, jadi boleh dapat 2 kek.

Cara Membuat :

      1. Masukkan semua cream cheese, whipping cream, gula krim biskut oreo dalam blander.
      2. Blend sampai sebati.
      3. Larutkan sepakej gelatin dan masukkan dalam blender tadi.
      4. Kacau sampai sebati dengan sudu.
      5. Bahagi 2 adunan tadi. Ikut anda, mahu letak yogurt atau tak. Nak letak filling atau toping sedikit pun boleh, tak letak apa-apa pun boleh.
      6. Bila sudah sebatikan yogurt, tuang cream yang sudah siap ini di atas tapak yang ada dalam peti ais tadi.
      7. Bila sudah siap, masukkan dalam peti ais dalam 3-4 jam.
      8. Keluarkan dan letak toping.
      9. Siap.

26. Resepi Kek Coklat Kukus

kek coklat kukus

Imej via Facebook

Resepi kek coklat kukus yang viral lagi mudah dan sedap. Ramai orang yang berjaya buat kek coklat kukus lembut resepi ini. Sila tengok perkongsian resepi daripada ‎Rodiah Amir‎ di Facebook. Resepi ini hanya guna sukatan cawan saja. Mudah sangat nak buat. Kebarangkalian nak gagal itu sedikit saja.

Bahan-bahan :

      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 cawan minyak
      • 1 cawan serbuk koko
      • 1 cawan gula kastor
      • 1 cawan susu cair
      • 1 cawan susu pekat
      • 2 biji telur
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 1 sudu kecil baking soda
      • 1 sudu essence vanila

Cara Membuat :

      1. Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum. Kacau sebati.
      2. Kemudian masukkan baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
      3. Seterusnya masukkan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.
      4. Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masukkan pula telur, susu pekat dan juga gula. Kacau lagi sehingga betul-betul sebati.
      5. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ini akan kembang dengan jayanya.
        Tutup saja bekas plastik dengan penutup
      6. masa kukus dalam pengukus.
      7. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap.

27. Resepi Kek Red Velvet Tanpa Telur

red velvet

Imej via Facebook

Sangat sesuai untuk mereka yang alergik telur. Satu resepi bakar guna oven satu lagi bakar dalam periuk atas dapur gas. Kedua-duanya dibakar dalam tempoh masa yang sama iaitu 15 minit. Hasilnya susah membezakan yang mana satu masak dalam oven dan yang mana satu dalam periuk.

Bahkan tekstur kek yang dimasak dalam periuk lebih lembut sedikit dibandingkan dalam oven tanpa letak pasir mahupun air dalam periuk. Guna api sederhana saja. Resepi perkongsinan Eka Zahra‎ di Facebook. Silakan mencuba kaedah orang dulu-dulu untuk buat kek modern.

Bahan-bahan :

      • 1 1/2 cawan tepung gandum *
      • 1/2 sudu makan serbuk koko *
      • 3/4 sudu teh baking powder *
      • 1/2 sudu teh soda bicarbonate *
      • 1/3 cawan minyak masak
      • 1/2 cawan gula aising
      • 3/4 cawan susu pekat manis
      • 3/4 cawan susu kotak @ susu cair
      • 1 sudu teh esen vanila
      • Pewarna makanan merah

Cara Membuat :

      1. Gris dan alas loyang dengan baking paper.
      2. Pukul atau mixer minyak tambah gula aising hingga halus.
      3. Masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang.
      4. Masukkan 1/2 bahagian susu esen vanila dan kacau sebati.
      5. Masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati.
      6. Masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati.
      7. Campurkan 1/2 baki susu dengan pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dalam adunan kek dan sebatikan.
      8. Bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek.
      9. Bakar 180°C sehingga kek masak.

Frosting :

      • 250 grm cream cheese
      • 100 grm gula aising
      • 50 ml whipping cream

Cara-cara :

      1. Pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,
      2. Masukkan whipping cream dan pukul sebati.
      3. Boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.

28. Resepi Kek Buah 3 Bahan

kek buah

Imej via Facebook

Kalau sebelum ini media sosial menjadi viral dengan apam 3 bahan, kek keju 3 bahan, dan kek coklat 2 bahan, kali ini kita tengok satu lagi resepi mudah iaitu kek buah 3 bahan. Maklumlah, kek buah ini pun ada peminatnya tersendiri. Tak semua orang minat pada kek coklat dan kek keju saja, bukan?

Tentunya sangat sesuai disediakan untuk pelbagai majlis mahupun dimakan sendiri di rumah bersama keluarga. Walaupun menggunakan hanya 3 bahan, hasilnya tetap gebu, lembap, dan lembut. Mari kita ikuti resepi daripada Nurazlina Azlin‎ di Facebook selengkapnya di bawah ini.

Bahan-bahan :

      • 500g dried mixed fruit (boleh dibeli di kedai kek atau pasaraya)
      • 1 cawan jus oren (saya guna Minute Maid)
      • 1 cawan tepung naik sendiri (tak kisah jenama apa-apa)

Cara Membuat :

      1. Mula-mula, masukkan dried mixed fruit dalam satu bekas.
      2. Kemudian, masukkan 1 cawan air jus oren. Biarkan selama 2 jam.
      3. Seterusnya, masukkan 1 cawan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
      4. Apabila adunan sudah cukup sebati, bolehlah terus masukkan ke dalam loyang.
      5. Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam.

29. Resepi Kek Durian Berkrim

kek durian

Imej via Facebook

Rasa teruja pula bila tengok orang makan kek durian. Rasa ingin beli dan makan masa puas-puas. Apalagi kalau musim durian macam ini. Maka kali ini kami hadirkan resepi kek durian daripada Fainda Farahin di laman Facebook. Layan resepi di bawah ini.

Bahan A :

      • 5 biji telur gred B*,
      • 1 cup gula kastor*,
      • 1 sudu besar ovalete*,
      • 1 sudu kecil durian emulco,
      • 1 sudu kecil pewarna kuning,
      • Minyak jagung.

Bahan B :

      • 1½ cup self-raising flour,
      • 35 gram tepung jagung,
      • 1 sudu kecil cream of tartar,
      • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara-cara :

      1. Masukkan bahan A yang bertanda * ke dalam mixer.
      2. Putar dalam kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu seperti gambar di atas.
      3. Masukkan durian emulco dan pewarna. Mix sehingga Rata.
      4. Masukkan bahan B ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan kelajuan mixer yang rendah.
      5. Masukkan minyak jagung ke dalam adunan. Kaup balikkan dengan menggunakan senduk.
      6. Masukkan kedalam loyang size 10 inchi dan bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
      7. Setelah masak terus keluarkan kek dan sejukkan ke atas redai bagi mengelakkan kek mengecut.

Topping Durian

Bahan-bahan :

      • ½ kg santan,
      • 150 gram isi durian (buang biji),
      • 100 gram gula,
      • 2 sudu kecil serbuk agar-agar,
      • 3 sudu besar tepung kastad.

Cara-cara :

      1. Satukan kesemua bahan blender sebentar dan masak di atas api perlahan sehinga pekat dan likat seperti di atas.
      2. Belah tengah kek dan letak topping di atas kek.
      3. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

30. Resepi Kek Tanpa Telur dan Butter

Imej via Facebook

Kek coklat sedap ini hanya menggunakan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan pengembang kek. Anda yang alahan telur atau yang tengah berdiet sangat dialu-alukan untuk buat kek ini. Resepi didatangkan daripada Afiqah Koh‎‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Bahan A :

      • 1 cawan tepung gandum,
      • 1 cawan tepung jagung,
      • ½ cawan serbuk koko,
      • ¼ sudu soda bikarbonat,
      • 1/8 sudu garam.

Bahan B :

      • 1 cawan susu cair,
      • ¾ cawan gula,
      • ¼ cawan minyak.

Cara-cara :

      1. Mula-mula ayak bahan A.
      2. Kemudian sebatikan kesemua bahan B dan masukkan bahan A yang telah diayak ke dalam bahan B.
      3. Sebatikan bahan dan bakar dalam oven suhu 170°C sehingga masak dan naik bau.

31. Resepi Kek Minyak

Imej via Facebook

Tak pernah jemu buat kek minyak. Apalagi dengan cara kukus makin senang dibuat. Tidak perlu guna mixer hanya guna blender sahaja. Kek tetap lembut dan gebu. Resepi dikongsikan oleh Wan Ruzita Wan Deraman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
      • 1 cawan minyak,
      • 1 cawan susu pekat,
      • ½ cawan gula pasir,
      • 1 sudu kecil ovalete,
      • 5 biji telur (gred B),
      • Esen vanilla,
      • 2 cawan tepung (ayak),
      • 1 sudu kecil baking powder.
Cara-cara :
      1. Blender semua bahan-bahan di atas kecuali tepung dan baking powder.
      2. Blender sehingga adunan jadi putih.
      3. Letak adunan dalam mangkuk besar dan masukkan tepung dan baking powder.
      4. Kaup balik sampai sebati. Bahagikan adunan dalam beberapa bekas dan letak warna pilihan.
      5. Selang-selikan warna adunan dalam loyang @ acuan sampai habis.
      6. Kukus 40 minit.

32. Resepi Kek Pandan Bersantan

Imej via Facebook

Wanginya kek pandan bersantan memang tak boleh tahan. Rasa macam nak makan habiskan terus. Kek pandan sedap untuk minum petang layan dengan teh o suam. Mari cuba buat kek pandan bersantan resepi daripada Dilla Min di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur,
  • ½ cawan gula (kena tambah gula kalau jenis yang makan manis),
  • 1 sdm ovelet,
  • 4 sdm susu pekat,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil penuh baking powder,
  • 1 kotak santan adabi 200 ml,
  • Pewarna hijau,
  • 1 sudu kecil vanilla (optional) ada perisa pandan lagi bagus.
Cara-cara :
  1. Pecahkan telur dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dicampur.
  2. Letak sekali ovelet dan susu pekat. Mix sampai gebu.
  3. Masukkan tepung dan baking powder. Masa ini kaup balik pakai senduk pun boleh. Guna mixer cepat sikit.
  4. Akhir sekali masukkan santan dan pewarna.
  5. Bakar pada suhu 160°C api atas bawah, 40 minit.
    *Bagi yang tak biasa buat kek, panaskan dulu oven 10 minit.

33. Resepi Kek Marjerin Pelangi

kek pelangi

Imej via Facebook

Jika anak anda request teringin makan kek kuning-kuning saja tak mau belang-belang, tak mau corak-corak. Cuba hidangkan kek marjerin pelangi saja. Habis itu darimana datang nama pelangi nya? Apapun jom tengok saja resepi kek marjerin pelangi daripada Jue Shahir‎ di Facebook. Lembut dan sedap.

Bahan-bahan :

      • 1 cawan gula halus
      • 1 cawan marjerin pelangi
      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 3 biji telur
      • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat :

      1. Pukul gula dengan marjerin sehingga jadi putih dan sebati.
      2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
      3. Pukul bagi rata kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan baking powder.
      4. Pukul sampai sebati kemudian masukkan dalam loyang.
      5. Bakar suhu 160°C selama 35 minit (ikut oven masing-masing).

34. Resepi Kek Marble Sponge

kek marble sponge

Imej via Facebook

Kek yang tak lapuk dek zaman. Tempahan kek ini dapat tempat No 1 di hati orang ramai. Sesuai namanya ‘sponge’ kek ini rasanya juga lebih ringan dan lembut. Boleh buat menu minum petang. Jom tengok resepi perkongsian daripada ‎Nurul Aidiha‎ di Facebook.

Bahan-bahan :

      • 3/4 cawan tepung gandum *
      • 1 1/2 sudu teh baking powder *
      • 1/3 cawan susu tepung(apa2 brand) *
      • 1/2 cawan gula kastor
      • 1/4 cawan susu cair/susu segar
      • 3 biji telur gred A
      • 1 sudu besar membukit ovalete
      • 1 sudu teh esen vanilla
      • 3 sudu besar minyak jagung/minyak masak
      • 1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :

      1. Satukan dan ayak bahan bertanda *
      2. Panaskan oven dengan suhu 160’C selama 10 minit.
      3. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung/minyak masak dan serbuk koko
      4. Mix kan sampai gebu dan bertanduk. (Bila adunan diangkat ke atas, adunan tak jatuh)
      5. Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau sebati guna spatula sahaja.
      6. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak serbuk koko. Kacau sebati guna spatula atau sudu.
      7. Satu adunan lagi biarkan dengan warna asal. Kalau nak letak pewarna pun boleh. Terpulang kreativiti masing-masing.
      8. Masukkan adunan dalam loyang saiz 8 inci secara berselang seling sehingga habis. Boleh juga putarkan di atas permukaan adunan dengan lidi perlahan-lahan.
      9. Lapik loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu.
      10. Bakar dalam oven dengan suhu 160’C selama 35-42 minit bergantung suhu oven masing.
      11. Lepas siap bakar, terus keluarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
      12. Tunggu sejuk sedikit, boleh lah keluarkan kek dari loyang. Sedia untuk di makan.
        (Tips nak rasa coklat yang sedap. Letak 1/2 sudu kecil capuccino paste/flavor.Tak letak pun tak apa. Ikut selera memasing).

35. Resepi Kek Gulung

Imej via Facebook

Resepi kek gulung comel favorit anak-anak. Cara penyediaan yang mudah jadikan kek ini kegemaran ramai. Anda perlukan kesabaran dan kepiawaian masa menggulung kek. Selain itu tampilan kek ini amat menarik sesuai untuk hidangan mewah. Resepi dikongsikan oleh Earney Atyesha di laman Facebook.

Bahan bahan :
      • 3 biji telur, *telur gred A akan menghasilkan kek lebih lembut,
      • 60 gram tepung gandum ( ½ cawan),
      • 80 gram gula pasir ( ¾ cawan), *gula halus pon boleh asal bukan gula batu.
Cara-cara :
      1. Pukul telur bagi berbuih macam ini dengan whisk. Whisk tangan pon boleh.
      2. Isikan dalam mangkuk lain air panas, pastu kita buat teknik double boiler.
      3. Kacau selalu sehingga telur suam. Suam maksudnya letak jari tak teperanjat panas. Jika sudah suam, angkat/alihkan dari air panas tadi, kemudian letak gula ke dalam mangkuk berisi telur suam.
      4. Kacau dengan whisk electric. Pukul sampai putih gebu kembang. Untuk tentukan dah gebu kembang ke belum, guna pengcungkil gigi. Kalau tegak terpacak, makna nya dah boleh berhenti putar.
      5. Masukkan tepung yang sudah di ayak. Gaul guna spatula sampai sebati sehingga nampak licin.
      6. Bakar selama 15 minit, suhu 170°C. Panaskan dulu oven dalam 10 minit.
      7. Letak rak tengah tengah, api atas bawah. Guna loyang size 9 inch.
      8. Jika sudah siap masak, sejukkan. Balut dengan plastik wrap. Tujuannya supaya kek tidak kering. Tunggu dia betul betul sejuk.
      9. Filling terpulang mahu letak apa. Jem stoberi, Nutella, atau buttercream. Resepi ini menggunakan fresh cream Vivo. Putar saja sampai gebu. Tunggu betul betul sejuk baru sapu filling. Sapu rata jangan tebal sangat nanti susah digulung. Boleh tabur rice coklat.
      10. Gulung dengan berhati-hati. Balut kemas kemas dan simpan dalam peti ais selama 2-3 jam, baru potong.

Kesimpulan

Resepi-resepi kek di atas sangat mudah dan menarik kan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Jemput juga baca koleksi resepi lain seperti resepi ayam, resepi sotong resepi daging dan resepi ikan.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.