Kalau dah namanya orang Melayu, pasti sahaja tidak boleh lari daripada sambal belacan. Kalau boleh, semua hidangan mahu dihidangkan bersama sambal belacan. Sambal belacan adalah hidangan yang paling ringkas yang boleh dibuat. Ianya juga boleh dimakan bersama dengan hidangan sup, atau bersama ayam atau ikan goreng. Senang cakap, apa apa sahaja apabila digabungkan bersama sambal belacan, kebaboom! Menghasilkan kombinasi yang amat lazat.

Kali ini kami bawakan resepi sambal belacan yang banyak supaya anda boleh mencubanya dan jadikannya stok. Jadi selepas ini, ambil sahaja sambal belacan anda dalam peti ais, sedia untuk dimakan bersama hidangan lain.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Incik dan Cik CA dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Sambal Belacan

Resepi ini tidak menggunakan air kosong. Dari air bawang, cuka, air asam limau kasturi. Disini CA buat 5 kali ganda sukatan. Kalau nak buat banyak pun boleh, cuma gandakan sahaja sukatan di bawah. Sambal ni pedasnya tahap rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili hijau Thai.

Sambal ini tak perlu tumis ya. Memang warnanya cantik kerana ianya akan dimasak perlahan – lahan sendiri hasil air perahan limau. Makin lama makin sedap! Resepi yang CA bagi ini adalah untuk 1 sukatan supaya senang nak buat. CA buat dalam gambar itu 5 kali ganda. 

sambal belacan

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen (kalau saiz besar bawang Bombay, 2 dah cukup )
  • 2 ulas bawang putih

Nota: Alur air (basuh bawah air paip) sekejap, belah dua dan bakar atas pan sehingga perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah itu tebal jadi ia ambil masa lama sedikit untuk masak. Biarkan kulitnya hangit. Kupas apabila hendak dikisar. Tak perlu basuh dah.

  • 1 inci belacan dibakar juga (alur air jgk sblum bakar)
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
  • 3 sdm Gula putih
  • 2 sdt Garam
  • 1 sdt serbuk perasa
  • 2 sdm cuka makan
  • 9-10 biji asam limau kasturi saiz kecil, kalau saiz sederhana besar 6/7 biji sahaja
  • 1 sdm gula perang untuk cantikkan sambal

Cara – cara memasak:

  1. Potong cili, alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga untuk bagi sambal sedap.
  2. Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili. Bawang bakar tadi, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih, cuka.
  3. Tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
  4. Kemudian, kisar bagi lumat.
  5. Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.
  6. Kisar ikut tahap lumat yang awak nak. CA suka 80-85% lumat je.
  7. Selepas itu, tabur kulit limau yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.

    sambal belacan

    image via Facebook

  8. Kemudian adjust taste kalau ada terlebih terkurang.
  9. Simpan di luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi sambal belacan ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan risau, langkah – langkahnya mudah untuk diikuti dan pasti akan menghasilkan juadah yang menarik. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya! Selamat mencuba!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .