Resepi Laksa Utara (Sedap Kaw Kaw)

Mari sini kami ingin kongsikan resepi Laksa Utara yang sedap sangat.

Laksa Utara merupakan menu yang sangat digemari oleh masyarakat kita di Malaysia.

Kalau dulu laksa utara ni sangat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; namun sekarang makanan ini sudah menjadi kegemaran orang di serata negeri di Malaysia.

Selain dari hidangan keluarga di waktu petang, menu ini juga sering menjadi pilihan juadah untuk meraikan tetamu seperti majlis rumah terbuka, kenduri kahwin dan kesyukuran. Mana tidaknya, laksa utara ini tidak pernah muak untuk dimakan walaupun sudah habis sepinggan nasi!

Dah teringin nak makan, apa kata anda cuba buat sendiri laksa utara ni. Kali ini kami kongsikan resepi dari Sheqa Halim di facebook. Katanya, resepi ini adalah dari seorang anak tauke laksa terkenal di Kedah.

Resepi Laksa Utara

Laksa Utara

Image via facebook

Bahan-bahan:-

  • Ikan kembung 5 ekor
  • Asam keping
  • garam
  • Bunga Kantan
  • Daun kesum
  • 2 biji bawang merah
  • segenggam cili kering
  • belacan
  • Perasa makanan
  • Ulaman (timun, salad, bawang besar, limau kasturi, cili padi & telur rebus)

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ikan bersama Garam & Asam keping.
  2. Basuh Bungan Kantan , Daun Kesum & Asam Keping
  3. Potong 2 biji Bawang Merah kepada 4 bahagian
  4. Rebus segenggam Cili Kering kemudian blend halus bersama bawang merah dan belacan
  5. Asingkan isi Ikan yang telah direbus dan blend.
  6. Blend air rebusan ikan bersama tulang ikan dan tapis
  7.  Tumis cili kering. Kacau rata hingga garing ataupun sekadar air cili mengering
  8. Masukkan Bunga Kantan bersama asam keping dan daun kesum
  9.  Kacau dan masukkan isi ikan. Gaul rata
  10. Letak sedikit garam dan perasa untuk permulaan dan air rebusan ikan. Kacau hingga mendidih
  11. Siapkan ulaman (cincang & potong) & hidangkan.

image via facebook

Artikel Resepi Lain

Selain resepi Laksa Utara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!