Kali ini kami akan berkongsikan resepi kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Asalnya makanan ini dibawa masuk orang-orang Arab. Menu ini dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas. Boleh guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.

Selain kacang pool, boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Antaranya ialah baked beans, red beans atau pun chick peas. Terdapat bermacam-macam resepi kacang pool. Guna kacang pool sahaja pun boleh.

Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita. Perkongsian oleh Marina Ismail‎‎ di laman Facebook ini letak red beans sebenarnya, jadi ia menggunakan 2 jenis kacang saja.

Kacang pool ini biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambah cili merah bagi cantik).

Masak kacang pool pun mudah saja tidak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool. Mari tengok resepi yang digunakan oleh kak M. selamat mencuba.

Resepi Kacang Pool Sedap Dan Mudah

kacang pool

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 400 gram daging kisar Ramly,
  • 2 camca besar rempah kari daging Baba’s,
  • 2 tin kacang pool (foul),
  • 1 tin baked beans,
  • 1 camca besar serbuk ketumbar,
  • 1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus,
  • 2 camca besar minyak sapi,
  • Gula dan garam secukupnya,
  • Air secukupnya,
  • Minyak untuk menumis.

Kisar Halus :

  • 2 biji bawang besar,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,

Bahan Lain :

  • Limau kasturi dibelah 2,
  • Bawang besar dadu kecil,
  • Cili hijau – dadu boleh, potong serong boleh,
  • Roti – terpulang ingin guna roti apa, Gardenia pun boleh.

Cara-cara :

  1. Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
  2. Remas kacang pool dan baked beans hingga pecah tapi tidak sampai lumat.
  3. Satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biar sekejap. Tumis bahan kisar halus tadi sampai naik bau. Masukan pes rempah dan kacau hingga rata. Gunakan api kecil dan kacau sentiasa sampai naik minyak.
  5. Kemudian masukan daging cincang dan masak lagi sampai naik minyak lagi.
  6. Masukan 1 liter air (boleh kurangkan kalau ingin lebih pekat) kacau hingga air mendidih.
  7. Masukan baked bean dan kacang pool tadi. Kacau sentiasa dan gunakkan api sederhana selama lebih kurang 15 – 20 minit.
  8. Akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.

    kacang pool

    Imej via Facebook

Cara Hidang :

  1. Bila ingin hidang, cedok kacang pool ke dalam mangkuk kemudian taburkan cili hijau, bawang besar dadu dan letak sekeping telur mata.
  2. Perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti yang anda suka. Roti Perancis boleh, Gardenia boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kacang pool, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.