Makan malam hari ini apakata masak asam pedas ayam? Sedap terangkat sungguh. Sesuai untuk hidangan makan tengah hari mahupun malam.

Kadang rasa bosan dan bingung masak ayam. Asam pedas boleh jadi cadangan. Jangan ingat ikan sahaja yang boleh buat asam pedas ya. Asam pedas ayam juga lagi sedap.

Makan tengah hari dengan nasi putih dan asam pedas ayam, siram dengan kuah pekat yang merecik menjilat jari, makan jadi berpinggan-pinggan. Tidak terasa habis 3 pinggan sekali.

Bukan main sedap resepi Shashika Alia yang dikongsikan di laman Facebook ini. Sedapnya, mertua pun terliur dan memuji. Rahsia memikat hati mertua orang kata,kononnya. Jom tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Asam Pedas Ayam

asam pedas ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong 8/10/12),
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan),
  • 7 ulas bawang merah,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 inci kunyit,
  • 1 inci halia,
  • Sebesar saiz ibu jari belacan,
  • 1 batang serai (dititik),
  • 50 gram daun kesum,
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5),
  • Air asam jawa (50 gram asam jawa + secawan air),
  • 3 cawan air,
  • Garam secukup rasa,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan belacan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, bunga kantan dan daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula garam. Gaul sebati.
  6. Tambahkan air.
  7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan).

Nota : Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak itu.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi asam pedas ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.