Siapa tercari resepi butter cookies? Jika biasanya anda tahu butter cookies vanilla biasa, kali ini kami ingin berkongsikan resepi butter cookies pandan gula melaka @ onde-onde cookies.

Termasuk dalam list butter cookies, ianya wangi betul. Lebih kurang macam kuih pandan gula melaka wangi namun dalam bentukan butter cookies rangup. Kemudian dibentukkan menggunakan nozel tampak cantik.

Mencium wanginya pun sudah sangat merangsang selera. Anda patut cuba resepi ini untuk camilan tetamu mahupun untuk camilan raya.

Untuk dapatkan resepi yang sempurna, Siti Solehah di laman Facebook sudah mengalami jatuh bangun sebanyak 6 kali untuk dapatkan resepi yang kena di lidah. Untuk satu adunan ini dapat butter cookies dalam 26-30 biji. Selamat mencuba.

Resepi Butter Cookies Pandan Gula Melaka

butter cookies

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 120 gram buttercup @ pure butter, (pastikan butter pada suhu bilik supaya bunga yang kita tekan tidak mengembang).
  • 140 gran tepung superfine @ gandum,
  • 35 gram brown sugar,
  • 1 sudu kelapa kering,
  • 1 sudu kecil paste pandan,
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal,
  • Secubit garam,
  • ¾ sudu teh baking powder,
  • 1 biji telur,
  • Nozel guna 864.

Cara-cara :

  1. Mula-mula pukul butter dan gula sebati.
  2. Masukkan paste pandan dan pewarna. Kacau sebati.
  3. Masukan tepung dan satu sudu kelapa kering putih. Kacau sebati.
  4. Masukkan dalam paiping beg guna nozel dan tekan. Supaya jadi elok, buat bulat satu pusingan saja kemudian stop dan tekan doh. Jangan tekan terlalu besar, kerana bila bakar adunan akan kembang sedikit.
  5. Akhir sekali letak gula melaka sagat dan kelapa parut hawai (kedai bakery) sebagai hiasan.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi butter cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.