Resepi Kuey Teow Goreng Kerang (Sedap Sangat!)

Alhamdulillah kita sudah pun berada di 10 hari terakhir ramadhan. Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah dan kebaikan sepanjang hidup kita. InshaaAllah.

Sepanjang bulan puasa ni, apa menu pilihan anda? Pernah tak berbuka puasa dengan menu selain nasi? Sesetengah orang tak boleh kalau tak ada nasi kan, jadi tak kenyang lah angin lah. Macam-macam ye dakk. Namun tak kurang juga yang memilih menu ringkas untuk berbuka puasa seperti roti, mee dan pasta. Tukar-tukar angin gitu!

Apa kata anda cuba kuey teow goreng pulak? Kuey teow ni ada banyak versi. Versi biasa pun ada just goreng macam mee biasa, versi kering & basah dan macam-macam versi lah orang buat. Tapi, mesti tak dapat lawan versi kuey teow goreng kerang. Kerang dan kuey teow ni seolah-olah tak dapat dipisahkan. Jika terpisah, maka berkuranglah rasa keenakkannya. Haa gitu!

Kami telah mendapatkan resepi kuey teow sedap ini dari Facebook yang telah dikongsikan oleh saudari Arieza Rieza. Resepi yang telah dikongsi beliau telah mendapat like dan share yang cukup tinggi di laman sosial. Jadi, jom kita lihat apa rahsia yang terdapat pada resepi kuey teow kerang beliau tu sehingga mendapat tumpuan ramai.

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

Kuey Teow goreng

Image Via Facebook

Bahan-bahan:

Kuey teow sebungkus
Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Sos tomato
Kicap mee
Kicap manis
Sos tiram
Kerang siap direbus dan dikopek
Tauge
Daun kucai
Garam perasa

Cara Penyediaan:

– Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
– Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak. Kemudian masukkan semua bahan2 kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar..
– Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
– Dah siap boleh la makan sama2 keluarga

Tips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng dan nak kuey teow cantik kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh

Selamat mencuba! Selain dari resepi Kuey Teow Goreng Kerang yang sangat sedap ni, kami juga ada kongsikan resepi-resepi yang lain yang turut mendapat tempat di hati para pembaca. Jangan lupa untuk like dan share yer!

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!