Mencari resepi sayur sawi yang sedap? Kali ini kami menyediakan resepi sayur sawi yang paling sedap di dunia Facebook. Perkongsian yang menarik dan banyak dicari iaitu sayur pak choy atau biasa dipanggil sawi bunga.

Sekali masak sayur resepi ini mesti anda akan teringin lagi dan ketagih dibuatnya. Kesedapannya lebih terasa bila dimakan dengan nasi putih panas sekali dimakan dengan ikan digoreng garing, makin berselera makan.

Sayur sawi, boleh dibeli dimana-mana pasar raya. Namun masakan rumah ini memang jarang dijual di kedai makan. Maka jika teringin makan sayur sawi sos tiram memang harus masak sendiri, kerana sukar dijumpai di mana-mana kedai makan.

Untuk memudahkan anda yang teringin masak sayur sawi maka di bawah ini telah kami sediakan resepi sayur sawi goreng sos tiram yang sedap sangat. Resepi dikongsikan oleh Siti Iela‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Sayur Sawi Sos Tiram

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sayur sawi bunga,
  • Bawang merah dan putih,

Cara-cara :

  1. Potong bahagian bawah sayur.
  2. Rebus sayur dengan bawang merah dan bawang putih, kalau ingin perasakan dia boleh tumbuk bawang. Jika sudah siap rebus susunkan sayur di atas pinggan.

Bahan kuah :

  • Bawang putih dicincang halus.
  • Sos tiram.
  • Garam sedikit (sebab sos tiram sudah masin).
  • Ajinomoto.
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang putih cincang tadi. Goreng sampai berwarna coklat.
  3. Masukkan air, masukkan sos tiram, perasakan dengan aji dan garam.
  4. Masukkan bancuhan air tepung jagung tadi.
  5. Siap untuk dihidangkan.
  6. Taburkan cili potong atau bawang goreng di atasnya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sayur sawi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.