Sudah tentu kita semua pernah menjamah donat yang disaluti gula yang manis dan lazat. Adakah anda mahukan sesuatu yang berbeza? Jika anda mahu sesuatu yang berbeza tetapi iras-iras donat anda bolehlah mencuba resepi yang kita akan kongsikan pada hari ini. Resepi yang akan dikongsikan pada hari ini ialah resepi bomboloni nutella. Ianya seperti donat tetapi di dalamnya terdapat inti coklat nutella yang sangat lazat dan pastinya dapat menarik selera orang ramai.

Ianya sesuai untuk dinikmati bersama-sama dengan rakan dan juga keluarga. Pastinya anda sudah tidak sabar untuk melihat cara-cara penyediaan bomboloni nutella ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya.

Resepi ini dikongsikan oleh Aqel Orked dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di media sosial.

Resepi Bomboloni Nutella

bomboloni nutella
image via Facebook
  • 225g tepung high protein
  • 6g yis
  • 55g castor sugar

(campurkan kesemua bahan kering)

  • 120 ml susu segar sejuk
  • Sebiji telur grade A

(campurkan kesemua bahan basah)

  • 55 g butter/margerine
  • Secubit garam
  • Nutella

Langkah – langkah memasak:

  1. Masukkan sedikit demi sedikit bahan basah dalam bahan kering sambil uli. Uli sampai sebati dan bergumpal.
  2. Masukkan butter & garam. Uli sampai tak melekat kat jari. Nak tau dough dah ready ke belum, bila tarik dough sampai nipis tu tak koyak/elastik. Saya just guna hand mixer je guna hook dalam 30-40min macam tu.
  3. Tutup dough dengan plastic dalam 30min pun ok.
  4. Bila dah kembang double size, tumbuk dough bagi keluar angin. Nipiskan & turap dengan acu.
  5. Goreng dengan api paling low. Jangan bolak balik selagi 1 side belum tukar warna coklat. – Bila donat dah suam, golek atas powdered sugar / gula castor + cinnamon. Kemudian, cocok lubang guna straw.
  6. Akhir sekali, picit nutella ke dalam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Pelbagai lagi resepi selain daripada resepi ini yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda. Moga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .