Karipap panas! Karipap panas! Siapa suka makan karipap sila munculkan diri anda.

Cara membuat karipap ini sebenarnya mudah. Hanya menggunakan tepung, air dan minyak boleh menghasilkan karipap yang rangup.

Namunnya, ramai orang terkendala pasal sukatan semasa ingin membuat karipap. Tidak semua orang punya alat penimbang bahan dalam gram. Justeru, timbang dengan sukatan cawan mestilah lebih mudah bukan?

Maka, kami hadirkan resepi karipap sukatan cawan yang memudahkan anda menghasilkan karipap rangup dan garing lagi sedap. Resepi dikreditkan kepada Reen‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Jom cuba resepi karipap kentang mudah ini.

Resepi Karipap Rangup Sukatan Cawan

karipap sukatan cawan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 cawan tepung gandum,
  • 1 senduk besar minyak masak dipanaskan,
  • Air yang dibancuh dengan 1 sudu kecil garam,

Cara-cara :

  1. Campurkan minyak kedalam tepung dan gaul guna sudu.
  2. Jika agak suam, gaul guna tangan hingga jadi berderai seperti serbuk roti.
  3. Campurkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat ditangan, pastikan doh tidak terlalu lembut atau terlalu keras.
  4. Bulatkan doh, canai nipis dan letak inti.
  5. Kelim kemas karipap.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas dengan api sederhana besar.

Bahan Inti :

  • 4 biji kentang, kupas kulit, bersihkan dan potong dadu.
  • 1 biji bawang besar,
  • 2 ulas bawang besar,
  • 1 sudu besar udang kering,
    (Tumbuk semua bahan hingga hancur).
  • 2 sudu besar serbuk kari,
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul sekejap.
  4. Masukkan air hingga kentang tenggelam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  6. Masak inti hingga kering dan kentang empuk.
  7. Bila kentang sudah hampir kering, kecikkan api dan kacau selalu supaya tidak hangus bawahnya.
  8. Jika sudah kering, angkat, sejukkan dan sedia digunakan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi karipap sukatan cawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.