Tercari-cari makanan yang sedap untuk acara bersama keluarga? Ayam golek jawabnya. Ayam golek bukan hanya dihidang pada majlis-majlis besar sahaja, namun boleh dihidang untuk dimakan bersama keluarga sempena hari jadi.

Resepi ayam golek yang dikongsikan oleh Iela Sahari di Facebook ini semacam rasa ayam Kenny Rogers. Konfirm keluarga anda akan berkali-kali makan dan kata ayam golek ini sangat sedap. Sememangnya resepi ini mendapat perkongsian hingga 4.8K.

Untuk membuat resepi ini anda hanya perlu 1 ekor ayam. Kalau ayam bersaiz besar anda boleh gandakan bahan-bahannya. Dalam tulisan ini pula kami akan berkongsi resepi sos lada hitam yang dimakan bersama ayam golek. Makan ayam golek dengan sos lada hitam akan membangkitkan selera makan anda. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

ayam golek

Imej via Iela Sahari

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam – bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan Untuk Make-up Ayam

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
    2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara :

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

3. Perap selama 1 1/2 jam.

4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama; sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Bahan-bahan Sos Lada Hitam :

  • 1  1/2 cawan stok ayam @ daging
  • 1/2 cawan susu segar-nak kurangkan pun boleh
  • 4 – 5 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cm batang salery – dicincang
  • 1/2 biji bawang besar – dicincang
  • 2 sudu besar kicap manis – bergantung kehitaman yang dikehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang – dihiris
  • 2 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan air
  • Garam dan gula – jika perlu

Cara-cara :

1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery, didihkan.

2. Kemudian tapis. Buang bawang dan juga salery. (Kalau tak nak tapis pun tak apa)

3. Didihkan semula. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang, garam dan gula jika perlu.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Golek, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.