Rempeyek krup krap. Macam sedap kalau dapat makan rempeyek yang garing dan rangup. Rempeyek dapat dibeli di pasar raya, selain itu rempeyek juga banyak dijumpai di kedai-kedai makan tradisional.

Rempeyek ada pelbagai jenisnya, antaranya ada rempeyek ikan bilis, rempeyek kacang, rempeyek udang dan lain-lain. Rempeyek merupakan sejenis kerupuk tradisional. Ianya sedap diganding dengan makanan nasi berlauk ataupun dimakan macam itu sahaja.

Rempeyek dibuat dengan mencampurkan bancuhan tepung dengan bahan kisar. Walaupun nampak mudah dan ringkas tapi kadang-kadang kalau tersilap sedikit saja bancuhannya adunan boleh jadi meragam dan rempeyek jadi keras. Tambah lagi bila melekat di acuan, boleh mendatangkan stress dibuatnya.

Sekali-sekala boleh cuba membuat rempeyek sendiri, lebih berbaloi daripada beli. Makan lebih puas tanpa henti. Sangat seronok bila makan rempeyek buatan sendiri. Selamat mencuba resepi daripada Salizawati Kamaruddin di laman Facebook. 

Resepi Rempeyek Kacang

rempeyek

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 kilo (saya guna cap gajah 1),
  • Tepung ubi 200 gram,
  • Telur 4 biji (saya guna gred A),
  • Bawang putih 2 labu*
  • Ikan bilis segenggam*
  • Cili api 10 @ 15 biji* ikut pedas yang diinginkan,
  • Daun kari (dikisar kasar),
  • Ketumbar, jintan putih, jintan manis dikisar kasar,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Air kapur satu sudu makan,
  • Kacang tanah,
  • Ikan bilis.
  • Kisar halus bahan bertanda *

Cara-cara :

  1. Satukan tepung beras dan tepung ubi.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan telur.
  4. Masukkan bahan-bahan kisar, garam, gula sedikit dan air kapur.
  5. Kacau hingga didapatkan bancuhan sederhana tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.

Nota : Saya guna 2 kuali. Satu kuali untuk mencetak adunan. Lepas sudah masuk ke dalam acuan dan rempeyek sudah keras sedikit, masukkan pula ke dalam kuali untuk menggoreng. Bagi saya, cara ini lebih cepat sedikit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rempeyek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.