Sedapnya kalau dapat makan popia otak-otak tuna untuk minum petang. Rangup kulit popia di luar berintikan otak-otak ikan lembut dan enak, mana tidak sedapnya. Belum lagi kalau dapat cicah sos sedap. Tanpa sedar habis berketul-ketul.

Kali ini kami datangkan resepi otak-otak tuna dikongsikan oleh Eka Zahra di laman Facebook. Resepi ini hanya menggunakan ikan tuna dalam tin sahaja sebab lebih mudah dan sedap. Cara penyediaanya pun amatlah mudah mulai dari membuat inti otak-otak dan cara lipat kulit popia telah kami tuliskan secara ringkas di bawah.

Sila cuba buat popia otak-otak tuna hari ini, boleh untuk minum petang dan sekali untuk makan malam. Gerenti siapa yang cuba resepi ini mesti nak lagi dan lagi.

Resepi Popia Otak-Otak Tuna

popia otak-otak tuna

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin tuna, (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan santan pekat,
  • 1 biji telur ayam dipukul sedikit,
  • 2 sudu makan tepung tapioka (tepung ubi kayu),
  • Garam secukupnya,
  • Gula secukupnya,
  • Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa),
  • Kulit popia.

Bahan-bahan Kisar :

  • ½ labu bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 2 biji buah keras,
  • ½ inci halia,
  • 1 batang serai bahagian putih saja,
  • 1 sudu teh rempah kari ikan,
  • 2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan).

Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar hingga garing. Tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Campurkan tuna, bahan tumis, santan, tepung tapioka, telur, garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  3. Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar). Oles bahagian hujung dengan bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.

    popia otak-otak tuna

    Imej via Facebook

  4. Goreng popia hingga garing kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur.
  5. Popia Otak-otak tuna siap dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain popia otak-otak tuna, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.