Pada waktu petang haruslah ada kudapan bukan? Mengisi masa yang luang ibu boleh membuat cakoi gebu gebas rangup di luar lembut di dalam. Cicah dengan sos manis pandan ala-ala Boat Noodle. Pergh! Sedap sungguh.

Cakoi dibuat daripada tepung gandum dan susu. Bahkan ada resepi yang meletak bawang putih ke dalam adunan cakoi. Menarik bukan? Namun resepi ini tidak menggunakan bawang putih.

Sos manis pandan ala Boat Noodle pula diperbuat dengan esen pandan (wajip) untuk perisa pandan, susu dan tepung kastard. Ianya manis dan berlemak sangat sepadan dimakan bersama cakoi.

Resepi cakoi lembut dan sos manis pandan akan kami hadirkan pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada Raja Amanina di laman Facebook. Tunggu apalagi, sila cuba sekarang.

Resepi Cakoi Lembut dan Sos Manis Pandan

cakoi

Imej via Facebook

Bahan Cakoi :

  • 3 1/2 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan air,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu besar susu pekat,
  • 1 biji kuning telur sahaja,
  • 1 sudu besar minyak masak,
  • 1 sudu besar marjerin,
  • 2 sudu besar yis,
  • ½ sudu kecik soda bikarbonat,
  • Kalau suka boleh masukkan 1 ulas bawang putih yang ditumbuk ke dalam bancuhan cakoi. (Kita tidak letak),
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Satukan air, marjerin, minyak, garam, gula, susu, yis, telur dan soda bikarbonat ke dalam dan mangkuk kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan.
  3. Uli hingga jadi doh lembut tidak melekat di jari. Biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas bertutup atau balut dengan plastik.
  4. Canaikan doh lebih kurang setebal ½ cm bentuk segi empat (canai dengan tangan saja).
  5. Potong kepada kepingan bersaiz lebih kurang 1 inci (saiz terpulang)
  6. Rendam lidi dalam air, tekan lidi basah atas setiap kepingan 1 inci tadi.
  7. Cantumkan dua bahagian kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain.
  8. Panaskan minyak, tarik sedikit kedua dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Bahan Sos @ Kuah Manis :

  • 1 ½ cawan susu cair,
  • Pes @ esen pandan sedikit,
  • Garam secubit,
  • 1 ½ sudu besar tepung kastard,
  • Susu pekat 3-4 sudu,
  • Pewarna hijau sedikit,

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati dan masak hingga sedikit pekat.
  2. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cakoi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.