Tart selalunya diisi dengan kek, ayam dan sekarang ini, biasanya tart selalu diisi bersama keju yang dipanggil sebagai cheesetart. Intinya pula diisi bersama bluberi, strawberi atau apa – apa sahaja mengikut citarasa anda. Resepi cheesetart telah berevolusi dan berubah dari masa ke semasa. Kini, cheesetart gebu telah menjadi trend. Permukaannya yang gebu membolehkan kita melukis di atasnya. Maka, terjadilah cheesetart yang lebih berseni, dan menarik untuk dimakan.

Cheesetart merupakan sebuah juadah yang amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Lazimnya, ianya hanya dihidangkan di hotel. Namun kini, bersama resepi – resepi yang mudah untuk didapati, sesiapa sahaja boleh membuat cheesetart. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati selain daripada cara pembuatannya yang ringkas.

Cheesetart amat sesuai untuk dijadikan hantaran, hadiah ataupun dimakan begitu sahaja. Rasanya yang berlemak dan manis boleh memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya. Kali ini, kami bawakan resepi cheesetart bukan yang biasa kita lihat, tetapi magnum cheesetart. Wah, menarik sekali kan?

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Magnum Cheesetart

cheesetart

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan untuk tart shell:

  • 125 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 biji kuning telur ~ gred A
  • 250 gm tepung gandum
  • 5 gm susu Nespray full cream
  • 1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Bahan – bahan untuk inti cheese:

  • 500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
  • 30 gm butter
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
  • Sedikit esen vanilla

Bahan – bahan untuk lapisan coklat luar:

  • Chocolate compound

Cara – cara memasak:

Tart shell:

  1. Pukul margerin dan gula icing hingga sebati
  2. Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung.
  3. Uli sebati dengan senduk kayu.
  4. Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm.
  5. Buang lebihan doh tepi acuan.
  6. Cucuk bahagian tengah dengan garfu.
  7. Buat hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping.
  8. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit

Inti cheese:

  1. Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu.
  2. Masukkan telur* Nota: telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
  3. Kemudian putar sekejap.
  4. Susun shell tart dalam tray.
  5. Letakkan filling di tengahnya* Nota: filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella.
  6. Masukkan cream cheese dalam piping bag.
  7. Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
  8. Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak.
  9. Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
cheesetart

image via Facebook

Lapisan coklat luar:

  1. Cairkan coklat compound/coins gunakan kaedah double boiler / cairkan dalam microwave.
  2. Selepas tart sejuk, celupkan dalam coklat yg telah cair dan hiaskan dengan shredded almond. 
  3. Lapisan coklat akan mengeras bila disejukkan.
  4. Selamat mencuba!

    cheesetart

    image via Facebook

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jadikanlah memasak salah satu aktiviti untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan menggunakan resepi yang kami sediakan. Jangan risau, kebanyakkan resepi disini mudah untuk diikuti dan dijamin berkesan. Jangan lupa ya untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

 

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.