Resepi Daging Dendeng (Memang Power Meletup!)

Anda pernah cuba makan daging dendeng? Tentu enak bukan? Bagi yang belum pernah makan, apa kata anda cuba sendiri resepi daging dendeng ini!

Daging dendeng ini amat popular di musim musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Namun kini, ia boleh dimakan bila bila waktu yang anda suka.

Apa kata anda jadikan resepi ini sebagai rujukan bagi menu makan tengah hari anda. Pasti puas hati seisi keluarga anda dengan resepi ini yang dikhabarkan sedap hingga menjilat jari.

Untuk pengetahuan semua, resepi ini telah mendapat 4.3 ribu perkongsian semenjak ia di post. Wah, tentu menjadi resepi ini kan.

Ayuh. Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur anda sekarang.

Resepi ini dikongsikan oleh Tyna Shamsuddin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Daging Dendeng

Resepi Daging Dendeng

Imej via Facebook

Resepi ni saya jumpa di fb dalam
6-7 bulan lepas. Sekali cuba terus jatuh hati. Sekarang menu ni jadi salah satu favorite saya dan suami.

So sekarang saya share cara masaknya ye!

Resepi ada pada gambar.

Bahan Bahan

  • Daging lembu
  • Bawang besar, bawang kecil, bawang putih**
  • Halia**
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Kayu manis, bunga lawang
  • Cili blend
  • Air asam jawa
  • Air rebusan daging
  • Kicap

Bahan bertanda ** dimayang halus

Cara Cara Memasak

  1. Bawang besar, bawang kecil, bawang putih & halia yang dimayang halus tadi digoreng. Bawang goreng ni lagi banyak lagi sedap

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  2. Daging tadi dihiris nipis. Lepas tu ambil anak lesung, tumbuk satu satu hirisan daging tu. Rujuk gambar di bawah

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  3. Daging yang dah siap ditumbuk tadi kemudiannya digoreng sebentar. Jangan terlalu lama kerana daging akan keras sangat nanti.

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  4. Guna minyak yang sama tadi, tumis serai yang dah diketuk, kayu manis, bunga lawang & daun limau purut. Kacau-kacau kemudian masukkan cili blend tadi. Goreng sehingga pecah minyak.  Kemudian masukkan kicap lemak manis dalam 1/2 cawan (atau agak-agak la ye). Masukkan sedikit air asam jawa. Perasakan dengan garam & gula 

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  5. Masukkan 1 mangkuk kecil air rebusan daging tadi. Kemudian masukkan daging yang siap digoreng tadi. Kacau-kacau sehingga kuah kering sedikit.

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  6. Masukkan bawang goreng yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga bawang goreng tadi sebati dengan warna masakkan.Kalau nampak pekat sangat, boleh tambah lagi air. Kalau terlalu banyak air, takpe tunggu sehingga kuahnya kering. (Ikut suka, kalau saya mmg suka kering)

    Resepi Daging Dendeng

    Imej via Facebook

  7. Cili padi saya pecahkan dan tambah ke dalam ni sebagai optional sahaja, sebab saya hantu pedas. Tak letak pun takpe. Hihi 

    Resepi Dagin Dendeng

    Imej via Facebook

Selamat Mencuba

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi daging dendeng, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!