Kali ini kami ingin kongsikan resepi hidangan asal Korea iaitu resepi kimchi. Cara penyediaannya mudah dan ringkas.

Setelah ini anda tidak perlu lagi membeli kimchi di restoran Korea. Boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang ekonomi dan semestinya halal.

Terdapat berbagai-bagai resipi kimchi dan bergantung dengan citarasa individu. Resepi perkongsian ramai kali ini datang daripada Hasni Hazair Hasni‎ di laman Facebook. Resepi ini amat mudah dan bahan pula mudah didapati.

Makan kimchi tanpa lauk lain pun tidak apa. Kimchi boleh dimakan bersama nasi panas, maggi kari, nasi goreng mahupun stew kimchi. Di Korea pula tradisi makan kimchi juga dengan nasi putih ataupun ramyeon.

Tunggu apalagi, anda yang menggemari kimchi boleh mengikuti resepi di bawah ini. Gerenti resepi ini sama dengan asli dan sangat sedap terangkat.

Resepi Kimchi Ala Hidangan Korea

kimchi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sebatang lobak merah,
  • ½ batang lobak putih,
  • Seikat daun bawang,
    (Potong bahan di atas dalam 2 cm)
  • Kobis cina,
    (Rendam dalam air garam selama 2 jam, basuh 3x dan toskan)
  • Sepeket serbuk cili 125 g,
  • 2 sudu gula,
  • 5 sudu sos ikan.

Bahan Blend :

  • 1 labu bawang putih,
  • Bawang besar,
  • Halia,
  • ½ biji buah lai.

Cara Menyediakan Kimchi :

  1. Rendam kobis dengan 1/4 cawan garam selama 2 jam.
  2. Mula-mula dalam besen besar, masukkan bahan yang diblender bersama sepeket serbuk cili (boleh kurangkan bagi yang tidak suka pedas).
  3. Kemudian masukkan 2 sudu besar gula dan 5 sudu besar sos ikan dan gaul sebati. Tidak perlu tambah garam sebab sos ikan sudah masin dan kobis sudah direndam dengan garam.
  4. Bila sudah sebati, masukkan lobak merah, lobak putih dan daun bawang yang sudah dipotong dalam 2 cm.
  5. Gaul lagi bagi sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan kobis yang telah ditoskan.
  7. Gaul lagi bagi sebati dan jadilah kimchi.
  8. Simpan dalam bekas bertutup tapi jangan penuh sangat sebab kimchi akan keluarkan gas bila diperam dikuatirkan nanti terpelanting penutupnya.
  9. Kalau mahu cepat masam boleh peramkan kimchi dalam suhu bilik selama 2-3 hari.
  10. Selepas itu boleh masukkan dalam peti ais untuk tahan lama atau simpan terus dalam peti ais pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kimchi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.