Pastinya ramai di antara kita yang mengenali dan menggemari nasi arab yang boleh didapati di merata tempat dengan mudah. Bagi mereka yang menggemari nasi arab pastinya anda tertanya-tanya apakah makanan lain yang menarik lagi selain nasi arab yang berasal dari negara timur tengah.

Pada hari ini, kami akan berkongsikan resepi nasi bukhari dengan anda. Nasi ini dikenali sebagai kabuli palaw di tempat asalnya. Hidangan ini boleh dibuat dengan daging kambing, daging atau ayam.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bagaiman cara-cara untuk menyediakan nasi bukhari ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Kesavan Supramaniam di laman Facebooknya.

Resepi Nasi Bukhari

nasi bukhari
image via Facebook

Bahan – bahan:

Nasi Bukhari:

  • 3 1/2 cawan beras basmathi (8 – 10 orang)
  • 2 inci kayu manis
  • 2 kuntum lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 3 biji pegaga
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari
  • 3 biji cili hijau (dibelah)
  • 2 biji buah tomato (dibelah 4 setiap biji)
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/sayur

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Ayam Bakar:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan kisar:

  • 4 inci halia 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 tangkai cili merah

Cara – cara penyediaan:

Nasi Bukhari:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan selama 10 hingga 15 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar dalam periuk hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan sehingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan panaskan sehingga nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila mendidih sedikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata.
  6. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato.
  8. Apabila nasi masak, balikkan nasi ke bahagian atas sekali dan tutup kembali.
  9. Biarkan nasi masak elok.
  10. Taburkan bawang goreng dan daun bawang.
  11. Siap.

Ayam Bakar:

  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan dan toskan.
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama.
  3. Perapkan ayam selama 2 jam.
  4. Kemudian, susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing.
  6. Hidangkan bersama salad dan timun.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Jika anda sudah cuba resepi ini dan mahukan resepi lain lagi, klik pada pautan di bawah dan lihat lebih banyak resepi-resepi yang menarik yang telah kami kongsikan di sini. Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .