Kali ini kita akan terokai nasi lemak utara. Perbezaan yang amat ketara antara nasi lemak utara dengan nasi lemak lain ialah pada nasi dia. Dimana nasi lemak utara berwarna kuning dan menggunakan beras basmathi. Warna kuning berasal daripada serbuk kunyit yang digunakan untuk merendam beras.

Cara penyediaan nasi lemak utara juga tidak kalah menarik. Nasi lemak dikukus tidak hanya dengan santan dan daun pandan tapi diikutsertakan dengan bahan tumis iaitu bawang, halia, jintan, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam. Tips supaya nasi masak elok ialah gunakakn sukatan yang sama untuk beras dan air/santan.

Nasi lemak utara sedap dihidangkan dengan sambal sotong dan acar timun. Di bawah ini juga kami sertakan resepi sambal lemak kosong dan sambal sotong sekali. Gerenti jika anda ikut resepi ini, nasi lemak utara jadi mudah. Resepi didatangkan daripada ‎‎Mariana Zainal di laman Facebook.

Resepi Nasi Lemak Utara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 5 cawan beras Basmathi (basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, kemudian toskan).
  • 6 cawan air,
  • 1 cawan santan perahan pertama,
  • 2 sudu teh garam,
  • 2 helai daun pandan (carik dan simpul),

Bahan Tumis :

  • 1 senduk minyak masak,
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis),
  • 4 ulas bawang putih (hiris nipis),
  • Sebesar ibu jari halia (hiris nipis),
  • 2 sudu teh jintan manis (basuh dan tumbuk guna lesung batu),
  • 1 batang kulit kayu manis,
  • 4-5 biji bunga lawang,
  • 1 sudu teh lada hitam biji.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumis. Tumis hingga bahan hiris layu dan wangi.
  2. Tutupkan api.
  3. Masukkan beras yang sudah ditoskan ke dalam periuk elektrik. Masukkan air, santan, daun pandan, garam dan curahkan bahan tumis tadi (sekali dengan minyak yang kita menumis tadi).
  4. Tekan cook, biarkan masak elok.
  5. Bila tombol sudah naik keatas, tekan sekali lagi. Jika naik sekali lagi, barulah boleh kacau nasi perlahan-lahan.

Resepi Sambal Kosong

Bahan kisar :

  • 35 tangkai cili kering,
  • 3 biji bawang besar,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 3 sudu besar ikan bilis (yang ini agak-agak sahaja),
  • ½ sudu teh belacan (sedikit sahaja),
  • 1 ½ cawan minyak masak,

Bahan lain :

  • 1 biji bawang besar (hiris),
  • 3 sudu makan gula pasir,
  • 1 sudu makan gula merah,
  • 3 sudu makan air asam jawa (sederhana cair),
  • Sedikit garam,
  • Sedikit bahan perasa.

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali masak guna api sederhana (jangan letak minyak sebab sudah kisar dengan minyak. Salah satu teknik bila masak sambal tidak mercik/percik merata).
  2. Bila cili sudah mula masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan bahan perasa.
  3. Masak hingga pekat, apabila sudah pekat masukkan garam, sesuaikan rasa.

Resepi Sambal Sotong

nasi lemak utara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg sotong (bersihkan dan digoreng sekejap dengan sedikit minyak untuk matikan air sotong. Toskan).
  • 2 ½ sudu besar membukit gula pasir,
  • 2 sudu teh garam,
  • 1 keping asam keping (bubuh air asam jawa pun boleh),
  • 1 biji bawang besar (potong bulat),
  • Air jika perlu.

Bahan kisar :

  • 25-30 tangkai cili kering,
  • 2 biji bawang besar,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 4 senduk minyak masak,
  • Sedikit halia.

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
  2. Masukkan asam keping, garam dan gula serta bahan perasa.
  3. Kacau hingga sambal betul-betul masak dan naik minyak.
  4. Masukkan sotong dan bawang yang dipotong bulat. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain nasi lemak utara, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.