Sos carbonara berasal daripada Italy dimana hidangannya adalah gabungan telur, keju dan lada. Ianya diperkenalkan pada sekitar tahun 1940 di Rom. Namanya pula berasal daripada nama sebuah restoran di Rom iaitu “Carbonara”.

Sekarang, hidangan spaghetti carbonara adalah satu hidangan yang terkenal di Malaysia. Ianya boleh didapati di pelbagai restoran sekitar Malaysia dan sos nya juga mudah untuk didapati di mana mana pasaraya.

Sekiranya anda mencari sebuah resepi untuk keluarga anda yang boleh dinikmati oleh seluruh lapisan umur, resepi Spaghetti Carbonara adalah salah satu pilihan yang terbaik. Rasa lemak berkrim digabungkan bersama ayam mampu memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya.

Resepi yang akan kami bawakan kali ini dikongsi oleh Arieza Rieza di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian!

Resepi Creamy Carbonara

carbonara

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Spaghetti
  • Butter
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • 3 sdb tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 4 cawan susu full cream
  • Tatura cream cheese (saiz kecil)

Nota: Cream cheese itu dibelah dua dan ambil sebahagian sahaja. Kisarkan cream cheese itu.

  • Garam
  • Lada hitam
  • Oregano
  • Daging cincang
  • Sosej dipotong kasar
  • Lada benggala

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan butter, kemudian masukkan bawang Holland. Sauté sehingga keperangan.
  2. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan.
  4. Apabila sudah agak kering, masukkan air dan kacau.

Nota: Jangan sampai berketul ya!

  1. Masukkan susu full cream, saya pakai Dutch Lady. Sekiranya pekat, tambah lagi.
  2. Apabila sudah okay, masukkan semua bahan lain.

Nota: Pastikan cream cheese dikisar dulu dengan sedikit air supaya kuah tak berketul.

carbonara

image via Facebook

  1. Masukkan spaghetti dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi carbonara, terdapat beberapa resepi lain yang boleh dinikmati oleh anda sekeluarga. Jangan lupa untuk tekan butang “share” dan kongsikan resepi ini bersama rakan rakan anda ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.