Sebut saja asam pedas, mesti semua orang sudah tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di negeri Melaka dan Johor. Kami akan kongsikan resepi asam pedas melaka yang sedap dan mudah.

Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Namun resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.

Kebiasaannya asam pedas menggunakan bahan asas iaitu ikan, semua jenis ikan. Masakan ini tidak menggunakan santan, ianya hanya menggunakan rempah ratus dan air. Sukatan harus mengikuti selera kerana kadang ada yang suka lebihkan pedas ataupun lebihkan asam.

Hidangan ini tak selalunya disajikan untuk makan keluarga sahaja, namun biasanya masakan ini juga dihidangkan di hotel-hotel di Melaka. Resepi yang dibuat oleh Aryn Naza‎ di laman Facebook ini menggunakan jenis ikan campur-campur saja. Rasanya jadi menarik dan sedap tentunya. Selamat mencuba.

Resepi Asam Pedas Selera Melaka

asam pedas melaka

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih 8
  • 2 cm halia *
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih *
  • 3 cm belacan *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 1 sudu besar lada hitam *
  • Daun kesum + bunga kantan
  • Bendi/terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula
  • Minyak untk menumis

Cara Membuat :

  1. Blend semua bahan bertanda * dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  2. Jika sudah garing, masukkan gula, garam dan perasa. Agak-agak ya jangan manis sangat.
  3. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  4. Masukkan ikan, kacau-kacau sedikit.
  5. Masukkan air asam jawa. Banyaknya asam jawa bergantung pada kesukaan anda nak buat kuah pekat atau cair. Kalau cair sangat tak sedap pulak. Masam anda boleh agak-agak juga, jangan sampai masam sangat.
  6. Masukkan bendi atau terung.
  7. Biar dia mendidih dan tutup api.

Tips :

  • Asam pedas melaka kalau letak belacan lagi sedap.
  • Menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.
  • Gandingkan pula dengan sayur campur, ulam-ulam dan ikan goreng panas-panas, memang terbaik.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi asam pedas melaka, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

"

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.