Daging tetel adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Lazimnya tetel ini adalah lebihan bahagian – bahagian daging yang tak dikehendaki seperti lemak dan bahagian urat daripada batang pinang ataupun daging pejal.

Mereka membersihkan daging itu daripada urat – urat dan lemak supaya dapat jual daging yang sudah bersih dengan harga yang lebih mahal. Bagaimanapun daging tetel ini sedap sebab ada urat – uratnya dan sedikit lemak. Kalau direbus sempurna, ia akan jadi sangat lembut dan sesuai untuk dimasak dengan pelbagai menu seperti kari atau pun lada.

Namun suka diperingatkan disini, daging tetel ini tak sesuai dimakan selalu kerana kandungan lemaknya yang tinggi, sayangilah jantung anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Petua dan Resepi dan telah mendapat beribu – ribu like dan share di Facebook. Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Asam Pedas Daging Tetel

asam pedas daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg daging tetel
  • 15 hingga 20 tangkai cili kering*
  • Bawang merah kecik 4 biji *
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia 1 inci*
  • Lengkuas 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Belacan 1 inci *
  • 1 sudu kecil lada hitam *
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Gula melaka (gunakan sedikit sahaja supaya tidak terlalu manis)
  • Garam secukupnya
  • Daun limau purut (buang tulang tengah)
  • 3 batang serai ketuk

Cara – cara memasak:

  1. Cili kering, jintan & lada hitam direndam dalam air panas.
  2. Kisar bahan – bahan yang bertanda * sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan yang di kisar tadi sampai garing.
  4. Masukkan daging tetel, masak sampai keluar air daging.
  5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
  6. Rasakan dengan garam dan gula melaka. Masak sehingga daging menjadi empuk.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Nota: Boleh juga kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi Asam Pedas Daging Tetel ini, terdapat banyak juga resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.