Antara menu kesukaan anak-anak ialah lokching. Lokching atau biasa disebut satay ikan kerana bahan asas yang digunakan ialah ikan mentah, biasa dipakai ialah ikan selayang atau ikan sardin.

Lokcing merupakan kudapan yang diperbuat daripada ikan yang dikisar basah bersama bawang. Kemudian ikan yang telah hancur ini digaul dengan tepung, sedikit serbuk penaik dan soda bikarbonat. Lokching memiliki tekstur yang agak kenyal dan tidak terlalu lunak kerana menggunakan tepung kanji. Rasa ikan lokching haruslah terasa kerana jika tidak dia tidak sedap hanya rasa tepung sahaja. Oleh itu rasio ikan haruslah lebih banyak daripada tepung.

Aishah Toke Kek berkongsikan resepi lokching yang mendapat sambutan ramai di laman Facebook. Resepi mudah dan senang macam ini, lengkap dengan sos manis yang sesuai untuk cicah lokching semua ada di bawah ini. Jangan tidak cuba ya .

Resepi Lokching @ Satay Ikan

lokching

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gm isi ikan selayang/sardin(mentah),
  • 200 gm tepung ubi kayu/tepung kanji,
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 sudu besar garam,
  • 1 sudu besar serbuk penaik,
  • 1 sudu kecil soda bikabonat,
  • Sedikit perisa,
  • Sedikit air untuk kisar ikan.

Cara-cara :

  1. Kisar isi ikan bersama bawang besar bersama air.
  2. Ayak tepung ubi, serbuk penaik dan soda bikabonat.
  3. Gaul bahan kisar bersama bahan yang telah diayak.
  4. Bulat-bulatkan. (Kalau adunan agak lembik, boleh tambah lagi sedikit tepung ubi).
  5. Goreng sekejap.
  6. Sedia untuk dibakar.

Bahan Sos Manis :

  • 4 ulas bawang putih – dikisar lumat, (tak letak pun tidak apa)
  • 1 ½ cawan air,
  • 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji, (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 4 sudu makan gula,
  • ½ sudu makan garam,
  • Sedikit serbuk perasa,
  • Sedikit pewarna merah.

Cara Menyediakan Sos Manis :

  1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Kacau.
  4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat
  5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
  6. Untuk sos pedas perlu tambah cili kering yang telah diblend/cili boh.

Resepi Menarik Lain

Selain lokching, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.