Mee Kari Ayam adalah salah satu juadah yang amat sesuai untuk dihidangkan kepada sanak saudara. Malahan, anda juga boleh menyediakan hidangan kepada keluarga anda. Resepi ini dapat memberikan kekenyangan kerana ianya merupakan sebuah hidangan yang lengkap.

Mee Kari Ayam selalunya dimakan bersama dengan telur dan sawi, memberikan protein dan serat yang mencukupi. Jadi, anda juga boleh sediakan hidangan ini kepada anak anda yang tidak sukakan sayur.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Ricik dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Mee Kari Ayam

resepi-mee-kari-ayam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Kuah kari:

  • Ayam 1/2 ekor (dipotong kecil)
  • 10-15 biji cili kering (blend) – pastikan direbus dahulu
  • 3 biji bawang besar (blend)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • Serai 3 batang
  • Daun kari (agak2)
  • Tauhu goreng ( dibelah 2 atau 3)
  • Fish cake 3 (dipotong)
  • Santan 1 kotak kecil
  • 1 biji kentang
  • Fish ball 15 biji (potong tengah)
  • 3 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan air suam dulu)

Sambal:

  • 20-25 biji cili kering (blend) – pastikan direbus dahulu
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Hiasan:

  • Cili merah dipotong serong
  • Bawang goreng
  • Sayur sawi di celur
  • Taugeh di celur
  • Telur direbus

Cara – cara memasak:

Kuah kari:

  1. Panaskan minyak dan goreng sekejap serai.
  2. Letakkan barang yang diblend tumis sehingga pecah minyak.
  3. Letakkan serbuk kari.
  4. Letakkan ayam dan masak seketika.
  5. Letakkan santan 1 kotak.
  6. Letakkan kentang.
  7. Letakkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  8. Letak daun kari.
  9. Sudah mendidih letak fish cake, fish ball dan tauhu goreng.
  10. Letakkan garam secukup rasa, kacau dan siap.

Sambal:

  1. Tumis bahan diblend sehingga pecah minyak.
  2. Letakkan garam dan gula dan sedia dihidang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.