Bagi sebahagian orang, kurang lengkap rasanya bila makan tanpa sambal. Ada jenis orang yang makan tapi rasa macam tidak makan bila tidak ada sambal. Masa kini pula, sambal ayam penyet telah banyak menarik selera orang ramai.

Selain dimakan bersama ayam penyet, sambal ayam penyet juga boleh dimakan bersama lauk lain. Bahkan jika makan dengan telur dan nasi putih saja pun akan terasa nikmat.

Sambal ayam penyet lain daripada yang lain. Ianya pedas namun sedap. Makan nasi putih dengan sambal ayam penyet mesti akan bermandikan keringat sebab pedas. Namun walaupun begitu, ia selalu menjadi favorit ramai.

Resepi sambal ayam penyet daripada Cik Pooja dalam perkongsiannya di Facebook, akan membuat anda tergugah selera dan menitikkan air liur. Mari tengok resepinya di bawah ini. Hidangkan sambal ayam penyet paling power di rumah anda.

Resepi Sambal Ayam Penyet

sambal ayam penyet

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 labu bawang besar, kalau guna yang kecil ambil 5 labu dipotong kasar,
  • 5 biji cili besar @ 1biji tomato,
  • Segenggam cili kampung yang hijau,
  • ½ genggam cabai Vietnam yang merah nyala,
  • Belacan seketil sebesar duit 5 kupang,

Cara-cara :

  1. Mula-mula basuh bersih semua bahan dan digoreng dengan 1 cawan minyak masak.
  2. Goreng sampai bahan-bahan tadi lebam.
  3. Lalu bakar belacan di atas api.
  4. Jika sudah siap bahan goreng tadi, masukkan semua dalam blender termasuk minyak gorengan.
  5. Ditambahkan 1 sudu besar garam.
  6. Tambahkan pula 1 sudu kecil ajinomoto (kalau tidak suka boleh gantikan dengan gula).
  7. Blend tapi jangan halus sangat.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Nota : 

  • Kalau buat banyak, boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  • Kalau tidak mahu simpan dalam peti ais, kena goreng lama bahan gorengan hingga masak elok.
  • Selepas diblend, masak bahan-bahan tadi sekejap (tidak perlu tambah apa-apa). InsyaAllah seminggu di luar pun tidak basi.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal ayam penyet, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.