Pernahkah anda makan Rotiboy? Rotiboy ialah kedai roti buatan Malaysia yang berbasis di Kuala Lumpur dan memiliki cawangan di seluruh Asia.

Resepi rotiboy rangup di luar dan mempunyai aroma wangi yang khas seperti kopi. Sekali tercium wangi Rotiboy confirm siapapun akan tergoda dan ingin beli.

Juga Rotiboy termasuk high class brand maka harganya agak mahal dan tersedia di kedai roti Rotiboy sahaja. Kadang selain pasal harga yang agak mahal, tidak semua kawaasan ada kedai Rotiboy, alhasil anda yang rumahnya jauh kena tahan selera untuk tidak makan Rotiboy.

Jika teringin sangat makan Rotiboy namun tempat membatasi anda, jangan cekik perut! Silalah buat Rotiboy sendiri di rumah merujuk resepi daripada Cik Elly yang dikongsikan di laman Facebook. Resepi mudah dan senang dibuat. Selamat mencuba.

Resepi Rotiboy

rotiboy

Imej via Facebook

Bahan Inti :

  • 50 gram mentega bergaram, dilembutkan.
  • ¼ sudu teh esen vanilla,
  • 25 gram gula perang.

Bahan Topping :

  • 50 gram mentega, dilembutkan.
  • 40 gram gula aising, diayak.
  • 1 biji telur, dipukul sedikit.
  • 1 ½ sudu makan Nescafe dicampurkan dengan 1 sudu besar air.
  • 50 gram tepung serbaguna, diayak.

Bahan Doh Manis :

  • 250 gram tepung roti, diayak (saya guna tepung superfine).
  • 10 gram tepung susu, diayak (saya tidak guna, sebab sudah guna susu segar).
  • 35 gram gula kaster.
  • ½ sudu teh) garam.
  • 1 ½ sudu teh yis segera.
  • ½ biji telur, dipukul sedikit.
  • 135 gram (135 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air. Saya guna susu segar).
  • 30 gram mentega, dilembutkan.

Cara-cara :

Cara untuk Intinya :

  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk
  4. sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping :

  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan esen kopi atau Nescafe.
  3. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan kedalam piping bag (saya masukkan dalam plastik je, sebab tiada piping bag) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis :

  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
  4. (Selepas menguli gunakan mixer, saya uli doh dengan menggunakan tangan sambil ambil sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh kelihatan licin dan lembut) Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 50 gram (boleh dapat 13 bahagian).
  5. Bentukkan bulat.
  6. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara Membuat Rotiboy :

  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti.
  2. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5 cm diatas loyang pembakar.
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
  5. Pipe topping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 °C selama 15-20 minit atau sampai roti kekuningan.

    rotiboy

    Imej via Facebook

  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Rotiboy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.