Wafel sudah menjadi makanan kegemaran orang ramai sejak kurun ke-13 lagi. Wafel berasal dari satu negara di benua Eropah iaitu negara Belgium. Wafel juga terdapat dalam pelbagai variasi kerana ianya telah berkembang ke negara-negara lain. Disebabkan itu, wafel telah diubah mengikut cita rasa masing-masing.

Wafel dihasilkan daripada tepung gandum yang telah dicampurkan dengan beberapa bahan lain dan dimasak menggunakan pembuat wafel seperti yang biasa kita lihat di kedai-kedai yang menjual wafel. Wafel juga boleh dimakan dengan pelbagai cara samada bersama jem kacang, kaya, pandan dan sebagainya. Pada hari ini, kita akan berkongsi satu resipi wafel yang anda boleh cuba di rumah dan ianya hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Mari kita lihat resipinya di bawah.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Norizan Mamat yang telah mendapat banyak like dan perkongsian di media sosial.

Resepi Wafel

wafel
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung gandum 3 cawan (Saya menggunakan tepung cap ros dan saya campurkan sesudu besar tepung jagung – tetap 3 cawan tepung)
  • Air 2 ¹/² cawan (Saya gunakan air sejuk peti ais – coway)
  • Minyak masak 1 cwn (jangan penuh sangat 3/4 saja) – saya guna minyak jagung
  • Telur 2 biji (Saya guna gred A)
  • Esen vanila
  • Susu tepung 2 sudu besar
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik 2 sudu kecil (lebih pun ok)
  • Baking soda 1 sudu kecil

Cara – cara memasak:

  1. Blend atau mix kan semua bahan
  2. Panaskan dulu acuan sebelum bubuh bancuhan
  3. Apabila acuan sudah panas, bolehlah mula bubuh bancuhan

Anda boleh letak macam – macam perisa kesukaan.

Tips:

  • Pastikan lepas masak, letak atas jaring dan jangan letak dalam pinggan direct.
  • Kalau guna waffle maker ni, bukan sekali padam lampu terus masak. Kita buka tengok, kalau masih putih (bahagian bawah, maksudnya kurang masak). Bagi garing coklat baru sedap.
  • Jangan isi banyak sangat, nanti susah tutup. Anggaran satu senduk kecil bagi setiap suku bulat waffle maker dan tutup semua besi besi dia je.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba dan semestinya mudah serta menarik. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kesayangan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.