Selalunya kita mendengar nasi ayam, nasi beriani ayam, nasi beriani daging, nasi dagang, jarang pula dengar nasi daging, bukan?Kali ini kami akan berkongsikan resepi nasi daging.

Nasi daging ialah hidangan istimewa daripada negeri di utara iaitu Kedah dan Perlis. Di mana nasi biasanya dimasak bersama daging dengan campuran rempah dan digandingkan dengan pencecah air asam. Pencecah air asam menjadi kunci utama kepada hidangan ini kerana ia menjadi pelengkap dan menyatukan semua rasa.

Masak nasi daging menggunakan beras biasa boleh saja. Kalau mahu guna beras wangi guna beras Pulsa Gold Basmathi untuk masak nasi beriani, lagi kick rasanya.

Menyajikan nasi daging cukup mudah. Resepi ini ‎telah dikongsikan oleh Hairul Nizam Ijam‎ di laman Facebooknya. Maka kami suntingkan untuk anda resepi nasi daging yang mudah tapi power. Boleh dihidangkan untuk tetamu mahupun hidangan kenduri.

Resepi Nasi Daging

nasi daging

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah kurma – untuk 3 pot beras saya gunakan separuh paket rempah kurma
  • Rempah 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
  • Daging direbus sehingga empuk
  • Minyak sapi – saya guna 3 sudu penuh
  • Beras – beras biasa pun boleh, saya guna beras wangi 3 pot

Cara-cara :

  1. Mula-mula, rebus daging hingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk digunakan masa memasak nasi.
  2. Beras dibasuh bersama 2 helai daun pandan. Saya masak 3 pot dengan menggunakan sukatan bekas beras tupperware.
  3. Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma. Saya gunakan minyak sapi untuk menumis.
  4. Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa.
  5. Bila sudah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging. Tunggu mendidih dan masukkan beras sampai agak kering.
  6. Pindahkan beras bersama bahan yang ditumis atas kuali tadi ke dalam rice cooker.
  7. Kemudian, masukkan daging yang telah direbus. Masukkan juga tomato. Saya tidak gunakan susu cair ya.
  8. Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. Jika gunakan beras biasa jadi jumlah air saya sama banyak dengan beras. Caranya macam nak masak nasi putih biasa saja. Kalau guna beras Basmathi, kenalah ikut sukatan dia.
    Siap.

Nasi daging telah siap dimasak. Memang ‘power’ kalau dimakan bersama sambal air asam. Tambah pula dengan bawang goreng atau sup daging, memang tidak nampak orang sebelah dah!

Resepi Sambal Air Asam

Cara buat sambal air asam lebih kurang macam buat sambal belacan, cuma guna air asam jawa. Berikut kami sertakan juga resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan :

  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
    *Semua bahan ini ditumbuk sehingga lumat
  • Lada merah
  • Tomato
  • Bawang besar
    * semua bahan ini dihiris

Cara-cara :

  1. Bancuh air asam jawa, masukkan bahan yang ditumbuk.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dihiris pula.
  3. Siap.
nasi daging

Imej via Facebook

Mudahnya! Tidak perlu tunggu raya haji pun boleh buat makan pada hari-hari biasa di rumah. Simple saja caranya, bukan?

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi daging, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.