Pastinya ramai yang menggemari daging kambing. Daging kambing mempunyai sedikit kelainan daripada daging lembu. Terdapat rasa manis daging kambing apabila kita menjamah daging kambing ini yang tidak ada pada daging lembu. Inilah perbezaan yang membuatkan ramai orang menggemari daging kambing.

Pelbagai juadah dapat disediakan dengan menggunakan daging kambing ini. Antara juadah yang dapat kita sediakan adalah kari kambing. Pastinya dapat menarik selera seluruh keluarga apabila sudah siap dihidangkan nanti.

Resepi kari daging ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman sosial Facebook. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat bahan-bahan dan cara untuk menyediakkannya!

Resepi Kari Kambing

kari kambing
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 1 kg daging kambing dipotong kecil dan direbus

Bahan yang perlu dikisar dengan sedikit air:

  • 10 – 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari halia
  • Seruas jari lengkuas
  • 15 – 20 cili kering rebus lembut dan kisar

Bahan tumis:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Kulit kayu manis
  • Cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun kari

Cara – cara penyediaanya:

  1. Tumis dahulu bahan tumis sehingga wangi dan garing dan jangan hangit.
  2. Masukkan cili kisar dan goreng sebentar.
  3. Masukkan bahan kisar dan gaul dan biar sedikit garing.
  4. Tambah 3 – 5 sudu besar kari daging dan tambah sedikit air.
  5. Gaul dan biarkan rempah masak dan berminyak.
  6. Gunakan api perlahan.
  7. Masukkan daging yang direbus bersama air rebusannya.
  8. Jika daging sudah mula empuk, tambah ubi kentang.
  9. Masukkan sepeket kecil kerisik dan 2 kiub lembu.
  10. Masak sehingga daging dan kentang empuk.
  11. Tambah sekotak santan kotak bersaiz kecil.
  12. Tambah garam secukup rasa jika kurang masin.
  13. Jika kuah kurang tambahkan sedikit air.
  14. Kemudian kecilkan api.
  15. Biar sehingga kari berminyak.
  16. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi -resepi lain yang menarik:

Setelah anda mencuba resepi ini pastinya anda mahu mencuba resepi yang lain lagi bukan? Di sini kami telah berkongsi banyak resepi-resepi lain yang menarik dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .