Selalu sahaja kita buntu mencari idea untuk minum petang. Kami ada idea, apa kata anda sediakan roti puri dan sambal sardin? Rotinya amat lazat digabungkan pula dengan kepedasan sambal sardin pasti dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Langkah pembuatannya tidaklah susah dan sesiapa sahaja boleh mencubanya. Menyediakannya juga boleh menjadi salah satu aktiviti berkualiti bersama keluarga. Selain dapat menyediakan hidangan yang menyelerakan, kita juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara satu sama lain.

Bahan – bahan untuk menyediakan juadah ini amat mudah untuk didapati serta tidak menelan kos yang tinggi. Oleh itu, anda juga boleh menyediakannya dalam kuantiti yang banyak dan hidangan ini juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.

Resepi Roti Puri bersama Sambal Sardin ini telah dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Tanpa membuang masa, jom kita lihat!

Resepi Roti Puri dan Sambal Sardin

roti puri
image via Facebook

Bahan – bahan:

Resepi Roti Puri:

  • 500 gram tepung gandum
  • 8 gram yis
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 gram/ml air suam

Resepi Sambal Sardin:

  • 1 tin sardin 
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang Holland*
  • 4 biji cili padi*
  • 2 biji cili merah*
  • 3 inci halia*
  • 2 biji kentang (dadu)
  • Asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa

Nota: Bahan bertanda * hendaklah dihiris nipis

Cara – cara penyediaannya:

Resepi Roti Puri:

  1. Satukan gula kastor, marjerin atau butter dan air suam. Kacau sehingga gula larut sedikit.
  2. Masukkan semua bahan kering dan curah bahan yang telah dibancuh tadi.
  3. Uli menggunakan tangan atau mesin penguli sehingga menjadi doh yg licin.Boleh tambah sedikit tepung jika perlu.
  4. Tinggalkan selama 10 minit (tutup dgn plastik atau kain) dan selepas itu bolehlah dibentukkan bulat dan biarkan seketika untuk doh mengembang sedikit.
  5. Canai doh dan boleh digoreng. Jangan terlalu tebal atau nipis. Semasa menggoreng api sederhana kuat dan sentiasa simbah minyak panas atas roti supaya roti menggelembung. Goreng sehingga kekuningan 
  6. Siap!


Resepi Sambal Sardin:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang Holland, halia, cili padi dan cili merah. 
  2. Setelah naik bau masukkan kentang.
  3. Masukkan ikan sardin. Hancurkan ikan tersebut.
  4. Masukkan asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  5. Masak sehingga kentang empuk
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, ada banyak lagi idea resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Sekarang anda tidak perlu lagi khuatir untuk mencuba apa apa jenis resepi. Semuanya terletak di hujung jari anda. Alang – alang anda sudah sampai kesini, jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini di media sosial.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .