Assalamualaikum semua, disebabkan Lotus Biscoff cheese cake sekarang tengah viral kami ingin kongsi resepi untuk anda yang minat kek ini sama ada untuk makan sendiri atau dijual.

Resepi didapatkan daripada Nani Mohd di laman Facebook yang telah mengolah resepi sedikit daripada asal. Yang paling menarik dari perkongsian ini ialah lotus cheese cake dibuat tanpa bakar. Yang perlu anda lakukan hanya hancurkan, cairkan dan tunggu keras. Senang sangat dan simpel namun rasanya amat lazat.

Sesiapa yang ingin jual kek ini boleh di sejukkan dalam peti semalaman. Supaya cream lebih selamat untuk di delivery. Cik Nani guna loyang loose pan bukan spring form. Biscoff boleh didapatan dari bakeries atau Jaya grocer atau beli dalam talian. Biscoff ini rasa dia caramelized biscuits, siapa suka caramel mesti suka.

Resepi Non-bake Lotus Biscoff Cheese Cake

Imej via Facebook

Bahan Crust :

  • 125 gram Lotus biscuits,
  • 45 gram unsalted butter Anchor.

Cream cheese :

  • 250 gram cream cheese Royal victoria,
  • 150 gram whipping cream(dairy) Anchor,
  • 25 gram castor sugar,
  • 1 sdb biscoff spread.

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Hancurkan biskut Lotus.
  2. Cairkan butter, kemudian satukan dengan biskut yang sudah hancur tadi. Kacau rata.
  3. Letak dalam loyang saiz 6′ inci. Rata dan padatkan. Sejukkan dalam peti.
  4. Sementara itu, keluarkan 15 minit cream cheese bagi lembut sedikit. Kemudian kacau cream cheese sehingga ber’creamy’ dan masukkan 1 sdb adunan biscoff tadi.
  5. Whipkan whipping cream dengan castor sugar sehingga kental. Jangan terlampau lebih kacau, agak-agak kalau tuang tidak tumpah, boleh stop.
  6. Tuang dalam loyang dan sejukkan lagi dalam peti.
  7. Cairkan 180 gram biscoff spred (saya guna kaedah double boil) dan biar sehingga sejuk.
  8. Bila sejuk terus tuang dalam loyang.
  9. Kalau ingin buat deco untuk drip boleh simpan sedikit. Kemudian sejukkan selama 3-4 jam.
  10. Apabila betul-betul sejuk boleh keluarkan dari loyang dan boleh dimakan.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain Lotus Biscoff, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.