Hari ini kami akan kongsikan resepi rendang yang berbeza dengan resepi biasa iaitu resepi rendang ayam cili padi, yang paling sedap dan menarik. Kalau anda tidak mencuba memang akan rugi dan kalau sudah rasa memang takkan menyesal.

Rendang selalunya dihidang pada masa raya aidil fitri mahupun aidil adha. Rendang dihidang bersama nasi impit mahupun lemang. Rendang pula disajikan untuk acara kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.

Bahan yang biasa direndang ialah daging mahupun ayam dengan pelbagai resepi masakan rendang yang sedap. Rendang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang pula boleh tahan berhari-hari, sesuai untuk dijadikan makanan untuk masa yang lama.

Tanpa tunggu lama, kami hadirkan kepada anda resepi rendang cili api yang dikongsikan oleh Ainun Sanusi di Facebook. Resepi rendang ayam cili api yang telah mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepi ini.

Resepi Rendang Ayam Cili Padi

rendang ayam
Imej via Facebook

Bahan- bahan

  • Serbuk kunyit – 3 sudu besar
  • Asam jawa – sebesar penumbuk
  • Gula kabung – 2/3 keping
  • Garam / perasa
  • Daun kunyit – 5 helai
  • Santan – satu kotak 200ml (kara)
  • Kerisik – satu paket besar (lagi sedap banyak)
  • Daun limau purut – 6 helai

Bahan Blender

  • Bawang besar – 4 biji
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Serai – 5 btg
  • alia -2 inci
  • Lengkuas – 2 inci
  • Cili api – segenggam
  • Jintan manis – 3 sudu besar
  • Jintan putih – 3 sudu besar

Cara Memasak

1. Tumis bahan yang blender sampai garing. (Ini penting bagi rendang tahan lama)
2. Masukkan ayam dan gaul sampai masak.
3. Kemudian masukkan asam jawa, gula kabung, gula, garam.
4. Kalau sudah mendidih dan ayam betul-betul masak baru masukkan santan. (Kalau suka pekat letak lebih)
5. Masukkan kerisik, biar dalam beberapa minit supaya semua bahan sebati.
6. Akhir sekali, tabur daun kunyit dan daun limau purut, siap.

Boleh cuba resepi rendang ayam versi lain pula.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang ayam cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.