Petang-petang sambil tunggu suami balik kerja, apakata kalau mak buat popia sayur. Boleh buat frozen untuk dimakan esok atau untuk potluck nanti.

Popia frozen easy peasy! Buat hari ini boleh goreng esok petang. Semestinya jimat masa dan tenaga mak di dapur. Jika ingin goreng, cukup keluarkan popia biar sejuk hilang sekejap dan terus goreng.

Resepi popia sayur kali ini amat mudah. Dibawakan daripada laman Facebook yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim. Lengkap dengan sos pencicah popia. Sos juga boleh dimakan sebagai pencicah keropok lekor. Untuk popia, terpulang kuantiti ingin banyak mana.

Resepi Popia Sayur Mudah Sedap

popia sayur

Imej via Google

Bahan-bahan :

  • Bawang putih (tumbuk halus),
  • Kubis bulat (potong halus),
  • Carrot (potong halus),
  • Sengkuang (potong halus),
  • Lada sulah,
  • Garam,
  • Gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis sekejap bawang putih.
  2. Masukkan sayuran yang telah dipotong.
  3. Masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Gaul sehingga rata. Siap.

    popia sayur

    Imej via Facebook

Note : Terpulang masing-masing ingin masak sayur sekejap atau lama. Boleh masak sekejap sahaja untuk kekalkan kerangupan sayuran tersebut.

Cara Lipat Popia

popia sayur

Imej via Facebook

Bahan Sos Pencicah :

  • ½ senduk kecil cili kisar,
  • 4 ulas bawang putih (kisar),
  • Gula,
  • Garam,
  • 1 cawan air,
  • 2/3 sudu tepung jagung (bancuh dengan ½ cawan air),
  • 2 sudu makan cuka,
  • 1 keping gula melaka.

Cara-cara :

  1. Masukkan air, cili kisar dan bawang putih. Masak hingga cili naik bau.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan garam. Masak hingga mendidih.
  3. Bila sudah agak pekat dan gula sudah hancur, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan cuka.
  4. Kecilkan api. Biar mendidih dalam api yang kecil.
  5. Siap.

    popia sayur

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popia sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.