Sebagai seorang suri rumah pastinya anda sudah ketandusan idea untuk memasak juadah untuk makan bersama seisi keluarga bukan? Sudah jemu dengan sup ayam dan sup daging? Hari ini kami akan kongsikan resepi sup ikan merah bersama anda.

Ramai yang mengatakan untuk membuat sup ikan merah ini agak sukar kerana nanti isi ikannya akan menjadi keras. Sebenarnya, tips untuk mendapatkan isi ikan merah yang lembut ialah semasa menyediakan sup ini ikan tidak perlu direneh lama cukup sekadar 5 minit sahaja. Pastinya anda akan berjaya mendapatkan isi ikan merah yang lembut dan sedap.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi ikan merah yang telah dikongsikan oleh Annida Ammar di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak reaksi positif dari para netizen.

Resepi Sup Ikan Merah

sup ikan merah
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • Ikan merah
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kayu manis
  • Garam
  • Daun sup
  • Lobak
  • Sedikit air
  • 3 sudu minyak masak

Cara – cara penyediaannya:

  1. Masukkan minyak dan kayu manis.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam, air dan biarkan menggelegak.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan merah.

P/S: Jangan balik-balikkan ikan jika tidak ikan akan hancur.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.