Kek Sarang Semut adalah salah satu juadah pencuci mulut yang amat digemari kita, rakyat Malaysia. Uniknya resepi ini adalah pada teksturnya yang berpori seakan – akan sarang semut. Pasti ada diantara anda yang tertanya – tanya apakah resepi disebalik kek sarang semut ini.

Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua. Tahukah anda, sebenarnya, kek sarang semut ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja? Kami disini juga menyediakan langkah – langkah yang mudah untuk anda ikuti.

Resepi kek sarang semut ini telah dikongsikan oleh Ainiey Tart Nenas dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Sarang Semut

image via Facebook

Bahan – bahan:

Gula Hangus:

  • Gula 1 cawan (lebih sedikit)
  • Mentega

Nota: Sediakan dahulu gula hangus dengan masukkan bahan bahan ke dalam kuali sehingga cair dan kacau sedikit. Kemudian masukkan air panas 1 cawan sedikit demi sedikit sambil kacau.

Kek Sarang Semut:

  • 4 biji telur
  • 125 g mentega (setengah daripada mentega biasa dan cairkan)
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla / serbuk vanilla
  • 1 cawan tepung
  • 1 sudu besar soda bikarbonat

Cara – cara menyediakan:

  1. Pecahkan telur (jangan kacau menggunakan pengisar)
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan
  3. Letakkan esen vanilla / serbuk vanilla dan susu pekat
  4. Kacau rata
  5. Masukkan soda bikarbonat
  6. Masukkan tepung
  7. Masukkan gula hangus
  8. Kacau sehingga sebati dan tapiskan kesemua bahan
  9. Perap 2 ke 3 jam, kukus 45 minit sehingga masak.

Nota:

  • Untuk gula hangus, tidak perlu tunggu suam pun boleh dituang.
  • Selepas kukus, keluarkan dam letak ke atas tisu, bagi minyak mentega meresap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.