Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis, siapa tidak kenal kan? Ianya adalah salah satu resepi yang paling mudah untuk didapati. Pergi sahaja kemana – mana kedai menjual hidangan tengah hari, pasti anda akan jumpa. Sambal tumis ikan bilis boleh menjadi hidangan diwaktu tengahari ataupun malam. Terpulang kepada anda.

Akan tetapi, hidangan sambal tumis ikan bilis ini juga amat popular untuk menjadi hidangan makan pagi, iaitu sebagai sambal nasi lemak. Untuk anda yang tak pernah mencuba, yang masih amatur atau yang sudah sememangnya otai, jom kita lihat resepi ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Wirda Morad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

sambal tumis ikan bilis
image via Facebook

Bahan – bahan memasak:

  • 3 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 4 senduk cili giling
  • 1 mangkuk kecil asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 genggam ikan bilis
  • 2 tangkai petai
  • Garam dan gula secukup rasa
sambal tumis ikan bilis
image via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan – bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ikan bilis.
  5. Masukkan air asam jawa dan air.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan petai dan bawang holland/bawang besar.
  8. Kacau sehingga sebati, rasa dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Tunggu sehingga mendidih dan siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Resepi ini boleh juga disimpan beku. Ianya juga boleh dibuat bekal ke tempat kerja atau sebagai hidangan sampingan dalam menu lontong yang biasa dimakan diwaktu keraian.

Resepi – resepi yang menarik:

Wah! Mudah kan resepi ini? Selain daripada resepi sambal tumis ikan bilis ini, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi resepi yang menarik dan hidangkan pada yang tersayang. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.