Anda sudah tahu apa yang hendak anda masak untuk makan pada hujung minggu nanti? Sudah muak makan makanan yang sama berulang-ulang kali? Anda peminat tempoyak dan petai? Sudah tentu resepi pada kali ini akan menarik perhatian anda.

Resepi yang akan kita kongsikan pada hari ini ialah resepi sambal tempoyak goreng petai ikan bilis. Hidangan ini boleh disediakan untuk makan malam atau tengah hari pada hujung minggu nanti. Sudah tentu hidangan ini boleh menambah selera anda di meja makan nanti. Dihidangkan bersama nasi panas-panas pun sudah cukup buat anda terliur.

Tanpa membuang masa mari kita lihat resepi yang telah dibawakan oleh Aishah Masri yang telah dikongsikan di laman sosial Facebook.

Resepi Sambal Tempoyak Goreng Petai Ikan Bilis

tempoyak goreng petai ikan bilis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan bilis
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 1 biji bawang besar yang dihiris
  • 5 uslas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 25 biji cili padi*
  • Petai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak

Nota: Bahan yang ditanda dengan * hendaklah dikisar.

Cara – cara penyediaan:

  1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
  2. Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar.
  3. Kemudian masukkan garam, gula dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tempoyak dan petai kemudian gaul sehingga rata.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Saya telah berkongsi banyak lagi resepi-resepi yang menarik di sini. Anda boleh melihat resepi-resepi tersebut di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang lain ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.