Seperti yang kita lihat, cuaca agak panas dan kering. Oleh kerana itu, adalah sebahagian diantarakita yang inginkan pencuci mulut untuk dimakan. Pencuci mulut lazimnya manis dan sejuk serta dapat memuaskan selera sesiapa sahaja.

Kali ini kami bawakan resepi yang mudah, tetapi lazat dan menyelerakan. Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu atau mungkin kepada keluarga anda sendiri. Resepi yang kami bawakan adalah resepi puding kastard jagung.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Dya Nadya telah mendapat banyak likes serta perkongsian di media sosial. Jom, kita lihat!

Resepi Puding Kastard Jagung

puding kastard
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 1 tin jagung creamy
  • 1 tin susu cair
  • 3 cawan Air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan butir isi jagung (samada jagung fresh ataupun jagung beku – nyah bekukan dulu)
  • 1 sudu besar mentega

Cara – cara memasak:

  1. Bancuh tepung kastard bersama air dalam jug sehingga sebati dan rata kesemuanya. Jangan ada berketul-ketul. Guna whisk senang..
  2. Kemudian masukkan bancuhan tadi dalam periuk. Masukkan juga gula dan susu cair. Masak hingga pekat, likat dan berkilat. Guna api sederhana besar.
  3. Sentiasa kacau jangan berhenti. Nanti dia berketul-ketul tak cantik. Lebih kurang 8-10 minit adunan akan mula pekat.
  4. Perlahan api kecik dan teruskan kacau. Kemudian sekitar 3-5 minit, adunan akan betul-betul pekat, likat. Tutup api. Kalau masih cair, teruskan kacau.
  5. Masukkan sesudu besar mentega. Teruskan kacau sampai mentega cair.
  6. Masukkan adunan dalam loyang atau bekas kesukaan. Sejukkan.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Jangan lupa juga untuk mencuba resepi ini bersama keluarga anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .