Apabila anda kehabisan idea ingin masak untuk anak-anak hari ini, cuba masak resepi pasta goreng cheese kami pasti ialah satu pilihan yang tepat.

Anak-anak pasti suka hidangan ini. Pasta goreng cheese lazat ini mampu membuat mereka ketagih. Gerenti anak-anak suka dan makan bertambah. Boleh naikkan berat badan anak pula jadinya.

Resepi pasta goreng lazat yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail patut anda cubakan di rumah. Hidangkan sebagai sarapan sebelum berangkat sekolah atau kerja.

Resepi Pasta Goreng Cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang putih,
  • 1 labu bawang besar Holland,
  • Isi ayam,
  • 1 tin prego cheese,
  • Tomato,
  • Lada benggala,
  • Serbuk lada hitam,
  • Mentega dan minyak olive,

Cara-cara:

  1. Panaskan mentega dan olive oil.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan isi ayam goreng sehingga masak.
  4. Masukkan prego keju dan kacau.
  5. Masukkan sedikit air jika terlebih pekat.
  6. Masukkan apa-apa pasta yang disukai, kacau rata.
  7. Masukkan tomato, lada benggala dan serbuk lada hitam, kacau dan siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pasta goreng cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.