Sejak kebelakangan ini, nasi lemak pandan ramai dibincangkan. Nasi lemak pandan ramai dicari untuk hidangan sarapan pagi dan boleh merangkap makan malam sekaligus.

Seperti nasi lemak pada umumnya, nasi lemak pandan juga dihidangkan dengan sambal, telur, ikan bilis dan timun sebagai tambahan.

Yang membuat nasi lemak pandan disukai ramai ialah kerana rasanya yang sedap di mana penambahan bahan alami seperti air daun pandan yang menjadikan nasi lemak ini beraroma khas pandan, wangi dan tampak menarik dengan warna hijaunya.

Jika anda teringin masak nasi lemak pandan, silakan perhatikan resepi di bawah ini dengan seksama. Resepi nasi lemak pandan dikongsikan oleh Raja Amanina yang berkongsikan resepi di laman Facebook.

Resepi Nasi Lemak Pandan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah 3-4 ulas,
  • Bawang putih seulas,
  • Halia,
  • Halba,
  • Daun pandan (kisar dan ambil air pun boleh),
  • Santan,
  • Garam,
  • Minyak sedikit,
  • Pewarna hijau,

Cara menyediakan nasi :

  1. Hiris halus bahan di atas.
  2. Kukus/masak bahan bersama nasi.

Resepi Sambal :

  • Cili kering 2 genggam,
  • Bawang merah 6-7 ulas,
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Belacan sedikit,

Cara-cara :

  1. Blend bahan dengan minyak.
  2. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan gula, garam dan asam jawa sedikit.
  4. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi lemak pandan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.