Mencari idea masak nasi goreng yang sedap? Kami punya cadangan iaitu mencuba resepi nasi goreng sardin.

Menyediakan resepi ini pula sangat senang. Bahan-bahan mudah yang mudah diperolehi di dapur sahaja seperti bawang merah, bawang putih, cili, telur dan bahan utamanya sardin.

Resepi ini boleh dibuat untuk anak anda yang tidak suka makan sardin ikan secara terus. Dengan membuatnya bersama nasi goreng anak-anak pula akan jadi suka. Tunggu apalagi, mari tengok resepi perkongsian daripada ‎Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ yang kami suntingkan untuk anda di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Sardin

nasi goreng sardin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin sardin ikan,
  • Kubis,
  • Kacang panjang,
  • 2 biji telur,
  • Ikan bilis,
  • 1 labu bawang besar,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 8 biji cili padi (ikut pedas masing-masing),
  • 1 sudu cili kisar.
nasi goreng sardin

Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang, cili dan ikan bilis. Masukkan garam secukup rasa.
  2. Goreng ikan, tutup kuali kalau nanti meletop minyak.
  3. Hancurkan sardin yang telah digoreng.
  4. Tumis bahan tumbuk tadi.
  5. Masukkan cili kisar.
  6. Masukkan ikan sardin, gaul sampai hancur.
  7. Masukkan telur, kacau rata.
  8. Kalau mahu gelap sikit warna, boleh letak kicap manis.
  9. Masukkan sayuran. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng sardin, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.