Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Nasi Goreng Biasa (Mudah tapi Lazat!)

Kalau anda sedang sibuk atau mungkin malas, resepi yang kami bawakan kali ini khas untuk anda. Resepi ini amat mudah untuk dimasak, jangan risau sekiranya…

ResepiDikemas kini 23 Julai 2019oleh Nur Dini Abd Aziz
Gambar hidangan nasi goreng biasa yang siap dimasak di atas pinggan.

Kalau anda sedang sibuk atau mungkin malas, resepi yang kami bawakan kali ini khas untuk anda. Resepi ini amat mudah untuk dimasak, jangan risau sekiranya anda masih amatur atau baru belajar memasak, resepi ini sesuai juga untuk anda!

Nasi Goreng Biasa tidak memerlukan bahan yang sukar untuk dicari, malahan, anda boleh mengambilnya didalam peti ais anda sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Achikjan Ahmadnoor dan telah mendapat banyak likes di media sosial.

Resepi Nasi Goreng Biasa

nasi-goreng-biasa

image via Facebook

Bahan - bahan:

  • Nasi
  • Garam halus
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Fish cake
  • Sayur kailan

Cara - cara memasak:

  1. Tumiskan bawang, cili dan fish cake sehingga garing.
  2. Masukkan nasi.
  3. Pecahkan 1 biji telur ditengah kuali dan kaup balik nasi apabila telur sudah masak.
  4. Masukkan sayur dan goreng sekejap sahaja sehingga sayur setengah masak.
  5. Siap!

Resepi - resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!