Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Resepi Mee Sanggul Goreng Basah (PADU Sedap Menyelerakan)

Mencari resepi mee sanggul sedap? Mee sanggul amat popular di kawasan belah utara. Ianya biasa dimasak cara goreng. Pada perkongsian kali ini pula kami…

ResepiDikemas kini 6 Julai 2019oleh Rahayu Z
Sepinggan mee sanggul goreng basah yang sedap bersama udang, telur dan sayur sawi.

Mencari resepi mee sanggul sedap? Mee sanggul amat popular di kawasan belah utara. Ianya biasa dimasak cara goreng. Pada perkongsian kali ini pula kami akan berkongsikan resepi mee sanggul goreng basah. Resepi sedap dan menyelerakan kali ini didatangkan daripada Akma Abdullah di laman Facebook. Mee sanggul teksturnya nipis dan lembut. Ramai yang suka mee sanggul kerana lebih sedap daripada mee kuning biasa. Jom masak mee sanggul untuk makan petang ini. Gerenti ramai yang suka masakan anda. Selamat mencuba.

Resepi Mee Sanggul Goreng Basah

Mee sanggul goreng basah yang bersaiz sedap dan menyelerakan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 bungkus mee sanggul (rendam dalam air),
  • Udang,
  • 5 biji telur,
  • 4 senduk cili kisar,
  • 2 senduk sos cili,
  • 1 senduk sos tomato,
  • 1 senduk sos tiram,
  • 1 senduk kicap,
  • 1 ikat sayur sawi dipotong,
  • Garam.

Bahan-bahan Kisar :

  • 4 biji bawang besar,
  • 2 ulas bawang putih.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air kalau pekat sangat.
  3. Masukkan garam, masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur.
  5. Jika telur sudah masak, masukkan udang.
  6. Apabila udang sudah masak, masukkan mee sanggul. Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan sayur sawi.
  8. Siap. Perah limau makin sedap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee sanggul, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.