Siapa yang tidak bahagia apabila balik rumah sudah tersaji menu kegemaran kita. Sebagai suri rumah sudah menjadi kewajiban untuk bahagiakan kesemua ahli rumah, dengan cara hidangkan menu kegemaran keluarga.

Antara menu handalan yang jadi kegemaran keluarga ialah ayam masak merah berkuah, di mana masakan ayam berkuah ala utara ini amatlah menyelerakan. Anak dan suami mesti suka air tangan anda.

Jom cuba resepi ayam masak merah utara yang viral ini.

Resepi yang dikongsikan Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook ini lain daripada resepi ayam masak sambal biasa dan sebagainya. Cara penyediaan menggunakan santan membuat menu ini jadi masakan berkuah pekat. Jom cubakan di rumah.

Resepi Ayam Masak Merah Utara

ayam masak merah berkuah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • Cili merah, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, sedikit lengkuas, serai dan tomato.
  • Kulit kayu manis,
  • Buah pelaga,
  • Pati santan,
  • Daun bawang dan daun sup.

Cara-cara :

  1. Mula-mula, goreng ayam (jangan garing).
  2. Kemudian blend cili merah, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, sedikit lengkuas, serai dan tomato.
  3. Sukatan bahan ini ikut sukatan kuah atau kepedasan yang kita mahu.
  4. Terus tumis bahan blend bersama kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga masak dengan minyak baki goreng ayam tadi (jangan sampai kering).
  5. Masukkan sedikit pati santan sehingga mendidih.
  6. Masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Masukkan bawang besar potong bulat, daun bawang dan daun sup.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi masakan ayam berkuah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.